Siakap Keli
Gambar : Mirror UK

‘Ibu’ Pukul Dan Paksa Anak 13 Tahun, Bogel Dan Turun Dari Kereta Sebagai Cara ‘Mendisplinkan’ Gadis Itu

Mungkin tindakan ibu ini mahu mendisplinkan anaknya tetapi sebaliknya berlaku apabila dia ditahan pihak berkuasa setelah memaksa anak gadisnya yang berusia 13 tahun berbogel di tepi jalan.

Wanita berkenaan, Rosalie Contreras, 34, ditahan atas kesalahan penderaan kanak-kanak menerusi kejadian yang berlaku di Florida pada Khamis lalu.

Menurut pihak berkuasa, sekitar pukul empat petang pada hari kejadian, wanita itu memandu ke satu kawasan awam di Dade City, bertujuan untuk mendisiplinkan gadis itu.

Contreras menampar wajahnya, menumbuk belakang badan serta memulas payudara gadis itu.

Dia kemudiannya memaksa remaja itu supaya mangsa berbogel sebelum diarahkan berjalan kaki di Jalan Townend.

Apabila dia melihat ada kenderaan yang datang melalui jalan itu, dia mengarahkan mangsa untuk menaiki kenderaan semula.

Gadis tersebut memberitahu pihak polis bahawa Contreras memarahinya kerana dia berperangai tidak elok.

Dia turut menunjukkan bukti lebam serta kecederaan di badannya kepada pihak polis.

Contreras menegaskan bahawa tindakan yang dilakukannya adalah tidak lain sebagai satu cara mendisiplinkan gadis itu.

Biarpun sudah ditahan, wanita itu sudah dibebaskan atas jaminan polis.

Dalam pada itu, pihak polis juga enggan memberi sebarang maklumat berhubung kejadian itu.

Malah, hubungan sebenar antara dua individu itu juga masih menjadi tanda tanya.

Sumber : Mirror 

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.