Siakap Keli

(Video) Lima Penjenayah Samun Kedai Emas Di Kuchai Lama Mati Ditembak

Lima daripada enam penjenayah bersenjatakan kapak, parang dan pistol yang menyamun kedai emas di sebuah pasar raya di Kuchai Lama di sini hari ini, mati ditembak dalam kejadian berbalas tembak dengan polis.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, seorang lagi penjenayah berjaya diberkas.

Katanya enam lelaki warga tempatan tersebut sebelum itu meluru masuk ke pasar raya berkenaan sebelum menyamun kedai emas di situ dalam kejadian kira-kira 4.30 petang.

Bercakap kepada sumber di lokasi kejadian, beliau berkata sebaik keluar, suspek bertembung dengan sepasukan anggota daripada Bahagian Jenayah Berat (D9)n Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor yang datang selepas menerima maklumat awam mengenai kehadiran beberapa individu mencurigakan yang memakai topi keledar di dalam kereta di kawasan pasar raya.

“Berlaku insiden berbalas tembak dengan empat lelaki mati ditembak di lokasi kejadian manakala seorang lagi suspek yang cuba melarikan diri dengan sebuah kereta ditembak kira-kira 400 meter dari lokasi itu,” katanya.

Mazlan berkata kejadian turut mengakibatkan seorang anggota polis cedera terkena tembakan di lutut.

“Anggota polis yang cedera dilaporkan stabil dan dirawat di Pusat Perubatan Universiti Malaya.

“Pihak polis turut merampas dua pucuk pistol, sebilah parang dan kapak serta dua buah kenderaan jenis Perodua Myvi dan Mercedes yang digunakan suspek.

“Sejumlah besar barang kemas yang disamun juga berjaya dirampas,” katanya.

Katanya nilai barangan kemas yang disamun serta jenis pistol yang digunakan masih dalam siasatan.

Nsk Kuchai Lama金店抢劫案,警方歼灭5抢匪旧古仔路鸿图园的NSK市场,今天下午4.30传出金店抢劫案,5名戴着头盔,手上拿着武器的匪徒闯入市场内,到金店抢劫.Lima penjenayah tersungkur…POLIS menembak mati lima penjenayah yang menyamun sebuah kedai emas di sebuah pasar raya di Jalan Kuchai Lama, Kuala Lumpur, jam 4.30 petang hari ini.Dalam kejadian itu, empat penjenayah ditembak mati di lokasi kejadian, manakala seorang lagi suspek ditembak dalam kenderaan yang dikejar oleh anggota polis, kira-kira satu kilometer dari lokasi terbabit.

Posted by 我们是马来西亚人 We are Malaysians on Tuesday, November 20, 2018

Sumber : Bernama

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.