Siakap Keli

(Video)Detik-Detik Cemas Kemalangan Ngeri Kereta Formula 3, ‘Terbang’ Langgar Petugas Media

Tular semalam satu klip video melibatkan kemalangan sebuah kereta dalam perlumbaan Formula 3. Kemalangan ngeri berkenaan dilaporkan berlaku ketika siri Grand Prix yang berlangsung di Macau. Jika dilihat kepada klip video kemalangan ngeri berkenaan, logik untuk mengatakan bahawa ada nyawa yang melayang.

Namun syukurlah, berdasarkan laporan Business Insider, pemandu yang terlibat di dalam kemalangan tersebut, Sophia Floersh selamat. Bagaimanapun pemandu remaja ini perlu menjalani pembedahan pada bahagian tulang belakangnya yang dikatakan retak akibat kemalangan tersebut.

BBC Sport

Rakaman video berkenaan menunjukkan kereta Formula 3 pasukan Van Amersfoort Racing sedang memecut di satu kawasan jalan yang lurus di hadapan tempat duduk yang dipenuhi penonton. Bagaimanapun Sophia dikatakan gagal mengawal kenderaannya yang memecut laju dan ‘memanjat’ kenderaan dihadapannya sebelum terbang melayang menuju satu kawasan di hujung selekoh jalan.

Kawasan yang dirempuh oleh kereta Sophia itu menempatkan kumpulan-kumpulan media yang membuat liputan acara berkenaan. Seorang lagi pemandu kenderaan yang ‘dipanjat’ Sophia, Sho Tsuboi juga dilaporkan mengalami kecederaan dan dibawa ke hospital untuk menerima rawatan, termasuklah dua orang jurugambar dan seorang marshal.

Shopia

Laporan awal perubatan melaporkan bahawa Sophia berada dalam keadaan stabil, bagaimanapun menanggung keceederaan pada bahagian tulang belakangnya. Malah, Shopia sendiri sempat memuat naik satu status di akaun Twitter bagi menjelaskan keadaannya.

Melalui tweet tersebut, Shopia memaklumkan bahawa keadaannya baik dan mengucapkan terima kasih kepada semua yang menghantar pesanan-pesanan positif kepadanya.

Gadis berbangsa Jerman yang berusia 17 tahun ini adalah salah seorang pemandu muda yang dikatakan sangan berbakat dan berdedikasi kepada sukan yang diceburinya. Dia sebelum ini terlebih dahulu mencipta nama dalam perlumbaan Formula 4 sebelum dipikat pasukan Formula 3 yang diketuai oleh anak lagenda Formula 1, Michael Schumacher.

Akibat kemalangan tersebut, perlumbaan diberhentikan serta-merta buat sementara waktu sebelum disambung semula beberapa jam kemudian.

Sumber : Business Insider

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.