Siakap Keli

Terlampau Risau Rumah Bersepah Boleh Diserang ‘Panic Attack’? Ikuti Penjelasan Dari Doktor Ini

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Sebagai seorang wanita pasti pernah berasa risau dan tak senang duduk bila terfikir rumah bersepah dan belum dikemas lagi. Meskipun sedang berada di luar, hati dan fikiran tetap melayang-layang mengingatkan kerja-kerja yang belum disiapkan lagi.

Pernahkah anda berada di dalam situasi ini?

Jikalau pernah atau sering mengalami keadaan seperti ini, anda dinasihatkan untuk tidak terlalu obses kerana dibimbangi boleh menyebabkan serang panik yang pastinya akan menjejaskan kesihatan anda.

Ikuti perkongsian dari Dr Khairul Faizie Mohammad Kamar tentang pengalamannya berdepan dengan pesakit serangan panik yang berpunca dari kerisauan tidak mampu mengemas rumah dan turut disertakan antara simptom penyakit ini.

Mari ikuti perkongsian ini yang boleh dijadikan panduan untuk semua.

Sumber: Google

Semalam, ada seorang pesakit wanita umur 45 tahun datang dengan simptom dada berdebar debar, pening kepala, rasa nak muntah & rasa sesak nafas. Dia risau sakit jantung. Bila di check, semua bacaan tekanan darah, bunyi jantung, bunyi pernafasan adalah normal.

Bila di ajak berbual, baru lah tahu kisahnya.
Kisahnya begini…

Sepanjang sebulan yg lalu, dah 2 kali dia pergi ke hospital.
Pergi ke hospital swasta, dan hospital kerajaan. Atas simptom yang sama iaitu rasa sakit dada / dada berdebar debar, rasa loya nak muntah, pening/ sakit kepala.
Pemeriksaan menyeluruh dah di jalankan di kedua dua hospital.
Ujian darah, ECG, X-Ray dada, Echocardiogram…semua normal.
Tiada penyakit jantung, tiada penyaklt thyroid, tiada masalah kurang darah, paru paru OK.
Jadi, doktor doktor hospital sahkan dia sihat, cuma ada PANIC ATTACK.

Sumber: Google

Bila aku gali lagi cerita dia, aku pun bersetuju, bahawa dia ada Panic Attack.
Kenapa?
Dia bercerita, semuanya bermula tahun lepas, bila dia kena demam Denggi. Dia sakit teruk masuk wad seminggu. Dia ialah seorang surirumah dengan 4 orang anak bersekolah. Bila dia sakit, urusan rumahtangga terganggu. Dia jadi risau.

Sebulan yg lalu, dia sakit badan / penat biasa. Dia mula terfikir nanti tiada siapa yg boleh uruskan hal makan pakai anak. Macam mana nak kemas rumah. Kerisauan berfikir nya mencetuskan panic attack. Suami nya tidak lah demanding, menurut kata nya. Cuma dia risau / ? obses tak dapat kemas rumah.

Sumber: Google

Apa antara simptom Panic Attack?
Ia boleh mimik simptom penyakit fizikal seperti serangan jantung / hyperthyroidism / gastrik:

– dada berdebar laju / nadi terasa laju
– berpeluh peluh
– rasa sukar nak bernafas
– tangan menggeletar
– sakit dada / dada rasa tak selesa
– loya / muntah
– pening / sakit kepala
– rasa kebas kebas / rasa macam cas elektrik
– sakit perut

* Panic attack pun boleh terjadi pada mereka yang ada masalah Obsessive Compulsive Disorder ( OCD), bila mana mereka tak dapat nak buat apa yang mereka selalu buat. Contohnya dalam kes pesakit ni, adakah dia ada mild OCD dalam hal mengurus rumahtangga?

Maka aku pun nasihatkan pesakit ni untuk go slow. Calm down. Jangan fikir sangat tentang kekemasan rumah / urusan masak lipat baju semua tu. Suami dia pun supportive, bukan demanding suruh kemas rumah sentiasa.

Ingat, rumah kita, cara kita.
Jangan jadi kan ritual mengemas rumah tu sebagai pertandingan. Nak compare dengan rumah orang. Orang lain, lain ragam anak anak nya. Bukan lah nak suruh sampai jadi pengotor pinggan mangkuk 2-3 hari tak basuh, kain baju berlonggok 2-3 hari tak basuh, sampah lama tak buang. Kebersihan perlu di jaga, cuma jangan nak terlalu perfect, terutama bila dah ada anak anak.
Yang dah ada anak anak kecil, akan faham.
Yang takda anak, single..tolong jangan kecam rumah orang bersepah / dinding comot berconteng kartun & tampalan sticker Sponge Bob.

Sumber: Dr Khairul Faizie

Aisha Ratnila

"Don't be distracted by criticism. Remember the only taste of success some people get is to take a bite out of you."

- Zig Ziglar