Siakap Keli

‘Tetamu’ Tak Diundang Depan Rumah, Buaya Panjang 1.5 Meter Gemparkan Penduduk

Bomba Petra Jaya berjaya menangkap seekor buaya sepanjang 1.5 meter yang dijumpai berkeliaran di kawasan perumahan di Jalan Matang di sini malam tadi.

Sepasukan 10 anggota bomba menangkap buaya berkenaan di Taman Nanas 2 dalam operasi  perkhidmatan khas komuniti selepas menerima panggilan pukul 11.19 malam.

Menurut pusat Bomba Sarawak di sini, buaya berkenaan dibawa ke stesen Petra Jaya sebelum  diserahkan kepada pihak berkuasa yang berkenaan.

Nur Farra