Siakap Keli

(Video) Cuaca Terburuk Dalam Sejarah, Gurun Arab Saudi Jadi ‘Laut’ Akibat Banjir Dan Ribut Petir

Cuaca ekstrem telah melanda negara Timur Tengah hujung minggu lalu dengan fenomena hujan lebat dan ribut petir di kebanyakkan kawasan serta padang pasir di Jordan dan Arab Saudi.

Cuaca yang mengganas itu telah ‘menghancurkan’ negara sehingga menyebabkan banjir dan ribut di semenanjung Arab.  Salah satu Lapangan Terbang Utama Arab Saudi, Lapangan Terbang Antarabangsa King Khalid di Riyadh  turut terkesan dengan air membanjiri bangunan itu.

Skala cuaca ekstrim itu tidak pernah berlaku sebelum ini sehingga menyebabkan rata-rata kawasan kehilangan punca kuasa dan mengorbankan lebih daripada 30 nyawa.

Para pakar meteorologi telah memberi amaran bahawa cuaca buruk itu dijangka berterusan hingga ke minggu hadapan apabila gerakan taufan dikenal pasti di seluruh rantau.

Baru-baru ini rakaman video sekumpulan unta dengan dua orang lelaki turut menjadi tular. Daripada klip tersebut kelihatan mereka terkandas akibat hujan lebat dan banjir di gurun tersebut.

Hujan lebat, ribut petir dan angin kencang telah membuatkan padang pasir itu menjadi ‘lautan’ yang besar.

Sumber: Express UK

Nur Farra