Siakap Keli

(Video) Hanya Beberapa Inci, Pasangan Kekasih Ini Terselamat Daripada Kemalangan Maut

Hanya beberapa inci sahaja yang memisahkan antara sepasang kekasih ini dengan maut, dalam kejadian yang terakam dengan Kamera Pengawasan Litar Tertutup (CCTV) di United Kingdom.

Berdasarkan rakaman tersebut yang tular di media sosial, pasangan berkenaan dilihat sedang berjalan melalui satu kawasan dengan tenang. Secara tiba-tiba, sebuah kereta yang terbabas dari laluan bertentangan dirakam meluncur laju ke arah pasangan tersebut.

Mujurlah, atas tindakan pantas lelaki berkenaan yang menyedari kehadiran kenderaan tersebut, dengan pantas menolak teman wanitanya ke bahagian tepi jalan. Kombinasi tindakan pantas, menjauhkan jarak beberapa inci dan mungkin tuah, kedua-duanya terselamat daripada menjadi mangsa kemalangan maut tersebut.

Sebaik melepasi pasangan kekasih berkenaan, kereta itu kemudian menghentam sisi dinding dipercayai tembok sebelum mengeluarkan asap, bagaimanapun tidak dapat dipastikan keadaan pemandau kenderaan tersebut.

CCTV merakam wanita berkenaan terselamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan disebabkan mampu berdiri semula. Namun nasib berbeza dialami oleh teman lelaki apabila dilihat menanggung kesakitan.

Menurut laporan Metro UK, bahagian belakang kaki lelaki tersebut mungkin terkena pada bahagian kereta yang terbebas namun diyakini tidak ada sebarang kecederaan yang serius menimpa lelaki itu.

Kami kongsikan rakaman kemalangan tersebut di bawah.

[youtube https://www.youtube.com/watch?v=Ro7-4hV_ODE]

Sumber : Metro UK

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.