Siakap Keli

(Video) Lelaki Tunjuk Isyarat Lucah Kepada Promoter Pasar Raya Tampil Buat Permohonan Maaf

Tular baru-baru ini satu video dimana seorang lelaki bertindak memarahi seorang promoter pasar raya berbangsa Cina yang diakwanya cuba mempromosikan minuman keras kepada orang-orang Islam.

Lelaki yang sama yang dikenali sebagai Edi Rejang turut bertindak secara keterlaluan apabila menunjukkan isyarat lucah kepada promoter perempuan berkenaan selain memarahinya kerana menggunakan bahasa Inggeris berbanding bahasa Melayu ketika berkomunikasi dengannya.

Akibat penularan video tersebut, dia dikecam teruk oleh netizen yang menyifatkan perbuatan beliau sebagai memalukan dan bersifat perkaumanan.

Kecaman demi kecaman yang diterima, Edi Rejang kemudian bertindak memuat naik satu rakaman video permohonan maaf di atas kejadian yang berlaku. Video berkenaan mula tular di media sosial selepas dikongsi oleh netizen.

”Assalamualaikum dan salam sejahtera. Saya yang dikenali sebagai Edi Rejang ingin membuat permohonan maaf secara terbuka kepada semua rakyat Malaysia terutama kepada promoter perempuan tersebut.

”Saya akui kesalahan saya dan amat menyesal atas tindakan saya terhadap promoter tersebut. Saya berharap isu ini tidak lagi dipanjangkan oleh mana-mana pihak memandangkan saya telah pun bertemu dengan YB Lim Lip Eng, (DAP-P114 Kepong) dan telah membuat permohonan maaf kepada pihaknya.

”YB Lim juga menyatakan akan membuat satu perjumpaan dengan promoter perempuan tersebut secepat mungkin. Sekian, terima kasih,” katanya melalui klip video berdurasi 45 saat itu.

Melalui komen-komen yang ditinggalkan netizen di perkongsian video berkenaan rata-rata berharap kejadian berkenaan dijadikan sebagai satu iktibar kepada semua pihak.

Namun begitu, ada juga yang berharap Edi Rejang diberi hukuman yang setimpal mengikut lunas undang-undang memandangkan perbuatan beliau bersifat perkauman adalah satu kesalahan.

Apa-apa pun, kami suka dengan satu komen yang ditinggalkan pada video tweet video tersebut yang berbunyi, ‘‘Makan boleh sebarang makan, cakap jangan”. Semoga menjadi iktibar.

ek

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.