Siakap Keli
Gambar Hiasan (Gambar Google)

Anak-Anak Degil Bila Ibu Bapa Pentingkan Diri, Ini Buktinya

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Keluarga adalah dunia kecil yang harmoni dan dapat membentuk ahli masyarakat. Dalam sebuah kekeluargaan peranan ibu bapa sangat penting untuk mengharmonikan rumahtangga. Bila di sebut peranan ibu bapa, ia merupakan contoh untuk anak-anak.

Anak yang dilahir dalam ikatan perkahwinan juga memerlukan kasih sayang, penjagaan yang rapi, pendidikan, tempat bergantung dan perlindungan yang selamat. Seorang anak akan berasa selamat dan tenteram dibawah jagaan ibubapa bertanggungjawab serta mempunyai kasih sayang.  

Ibu bapa tidak boleh lepas tangan begitu sahaja terhadap tumbesaran anak-anak. Ikut 5 perkara ni jika anda lakukan dirumah boleh memberi kesan buruk dan jangka masa yang panjang pada anak-anak.

Gambar Dari Fb Mohd Fhais
  1.  Tak Tahu Apa Anak Nak

“Ikut cakap mak ayah, jangan degil !” Kalau cakap macam ini memang anak tak mahu ikut punya. Anak ni macam layang-layang. Nak layang-laynag terbang tinggi kena tarik guna konsep “tarik lepas tarik lepas”. Dengan anak pun tak boleh bagi arahan sahaja, tak pernah nak tanya apa anak mahu. Percayalah, semakin kita ambil tahu kemahuan anak semakin anak akan dekat dengan kita.

2. Tak Peduli Apa Anak Nak

Dah tahu apa anak nak kena ambil peduli, jangan di abaikan pula. Boleh luluh hati mereka nanti. Walaupun kecil tapi cuba usaha dapatkan kerana usaha kita itu akan menjadi ingatan anak sampai dewasa nanti. Berbudi pada anak mesti masa mereka kecil, dah besar nanti baru mereka ada hati nak membalas.

3. Pandangan Anak Tak Penting

Ya betul, orang dewasa lebih banyak makan garam, pengalaman lebih luas, dan penuh ilmu tapi tak bermakna pandangan anak muda ini tak berguna. Kita tak akan jadi lebih berjaya jika kita masih dengan zon selesa kita, kemajuan hanya mimpi tanpa penambahbaikkan sistem sedia ada. Sudah tiba masa mak ayah ambil kira pandangan anak anak, beri peluang anak anak buat keputusan sendiri. Mak ayah “Lead & Guide” sahaja agar tak sesat.

4. Dambakan Pujian dari Orang Luar

Terlalu mempedulikan apa kata orang, takut malu, takut kalah dan takut di persendakan sehingga memaksa anak jadi “sempurna” di mata orang dewasa. Malah di mata mak ayah hanya keputusan cemerlang sahaja di anggap bagus dan layak menerima pujian. Gagal peperiksaan tak memberi makna anak akan sentiasa gagal, tapi mak ayah akan “gagal” di mata anak jika gagal menilai usaha mereka.

5. Tak Tunjuk Teladan Baik

Mak ayah kena berubah bila dah ada anak, tak boleh masih sama macam masa bujang. Tidur tak boleh sampai ke petang walaupun cuti, makan tak boleh atas katil dan cakap kena sensored sikit. Anak adalah juara “Copy & Paste” tau, jangan melenting pula kalau nampak anak buat apa yang kita buat. Mahu anak suka membaca mak ayah dulu kena baca buku depan mereka, nak anak jadi seorang yang pandai berfikir mak ayah tak boleh la cepat gelabah bila ada masalah.

Ingat ye, Jangan buat ! Pentingkan anak-anak dulu baru kita akan jadi orang paling penting dalam hidup mereka.

p/s : Tolong kongsikan juga pada Mak Ayah lain ya yang selalu terlepas pandang benda macam ni supaya mereka pun dapat manfaat.

 

Sumber : Mohd Fhais

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang