Siakap Keli
Gambar Hiasan

Avocado Mengandungi Lemak Dan Kadar Kolestrol Yang Rendah Sesuai Untuk Orang Yang Ingin Diet

Mungkin ada di antara kita yang kurang suka makan buah- buahan dan sayur-sayuran, sedangkan khasiat yang terkandung dalamnya baik untuk tubuh badan. Terutama bagi yang ingin mengamalkan gaya hidup yang sihat, pendekatan mengambil pemakanan yang seimbang proteinnya, lemak, karbohidrat, vitamin merupakan satu langkah awal demi kesihatan.

Sumber: www.fitness19.com

Avocado yang juga dikenali sebagai ” Alligator Pears” merupakan makanan yang mengandungi lemak yang sihat dan tahap kolestrol yang rendah. Rasanya yang berkrim dan kurang manis, membuatkan ramai yang suka termasuk golongan kanak-kanak dan mempelbagaikan resepi menggunakan avocado seperti jus.

Sumber: www.foodsforbetterhealth.com

Menurut kajian yang dilakukan Avocado adalah makanan yang sarat dengan nutrien dan mengandungi pelbagai jenis vitamin yang diperlukan oleh tubuh. Walaupun Avocado mengandungi lemak, tetapi ia adalah lemak yang bermanfaat dan membantu anda untuk cepat kenyang. Makanan lemak boleh mengekalkan paras gula dalam darah serta penting untuk semua sel tunggal dalam badan. Lemak yang sihat menyokong kulit yang sihat, meningkatkan sistem imun, penyerapan vitamin larut lemak, mineral, dan nutrien.

Mengandungi 25 miligram per auns sterol tumbuhan semulajadi dan dipanggil sebagai beta-sitosterol dilihat dapat membantu mengekalkan tahap kolestrol. Vitamin yang terdapat dalam buah ini juga boleh meminimumkan kerosakan mata.

Sumber: www.medicalnewstoday.com

Sebanyak 25 peratus vitamin K yang diperlukan oleh tubuh terkandung dalam avocado, dan ia penting untuk kesihatan tulang supaya tidak dihinggapi penyakit seperti osteoporosis. Pengambilan kuantiti folat yang mencukupi menghindarkan anda daripada risiko kanser perut, pankreas, dan kanser serviks. Berdasarkan beberapa penyelidikan mendapati “phytochemicals” yang diektrak daripada Avocado dapat menghalang pertumbuhan serta membunuh sel-sel kanser dan meningkatkan sistem imun badan yang dikenali sebagai “lymphocytes”.

Pengambilan folat yang mencukupi mengurangkan risiko keguguran serta kecatatan. Makan makanan yang sihat dan mengandungi serat yang banyak secara semula jadi memudahkan proses penghadaman dan pencernaan. Avocado juga antara makanan yang dicadangkan bagi orang yang sedang diet.

Tidak kira apa jenis makanan dan cara pemakanan yang bagaimana kita amalkan tetapi pastikan ia diambil dalam kuantiti yang diperlukan kerana sekiranya sebaliknya, badan anda yang akan menanggung akibatnya seperti mudah dihinggapi penyakit seperti obesiti, darah tinggi, kencing manis serta jantung dan ini adalah penyakit yang popular di Malaysia.

Sumber: medicalnewstodayorganicfacts.netjuicingwithg.com

 

marlya syafikah