Siakap Keli
Gambar : Bernama

Isu ICERD, Bukan DAP Bangkitkan – Lim Guan Eng

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng menegaskan pihaknya tidak pernah membangkitkan isu Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) supaya diratifikasi di negara ini.

Beliau berkata tuduhan tersebut dilihat bertujuan membakar sentimen perkauman dan kebencian dalam masyarakat di negara ini.

“Saya rasa semua orang pun tahu bahawa isu itu (ICERD) tidak dibangkitkan oleh pihak kami DAP.  Siapa yang bangkitkan itu…bukan kamilah.

“Itu sentimen perkauman yang cuba dibakar, kita tidak timbul langsung perkara ini dan pihak berkenaan cuba mengaitkan DAP atas tujuan politik mereka,” katanya kepada sumber di lobi Parlimen,  hari ini.

Semalam, sebuah gabungan NGO mendakwa isu ICERD merupakan agenda tersembunyi DAP bagi menghapuskan hak istimewa orang Melayu-Islam di negara ini.

Sumber : Bernama

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.