Siakap Keli

Menangis Tengok Akak Ini Tukarkan Tayar Motor Aku, Ingat Aku Susah, Ada Lagi Rupanya Lagi Susah Dari Aku

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Sebagai manusia, kita kadang-kadang terlepas pandang dengan mereka yang tidak bernasib baik.

Jika kita rasa kita susah, ingatlah ada yang lebih susah lagi dalam hidup.  Perkara ini selalunya membuatkan kita bersyukur atas apa yang telah dikurniakan.

Perkongsian daripada Alif Zakaria ini membuatkan rata-rata netizen sebak kerana merasakan ada lagi orang lain yang tidak bernasib baik jika nak dibandingkan dengan diri masing-masing.

Kemiskinan itu sesuatu yang sangat menyedihkan.  Sehingga itu, kita seharusnya membantu sedaya yang mungkin biarpun sekecil-kecil pertolongan.  Sentiasa bersyukur dan mari baca perkongsian dibawah.  Semoga bermanfaat.

Ya Allah atas nikmat apa lagi yang aku perlu dustakan.  Hari ni 21 hari bulan genap hari kelahiran aku yang ke-27.  Allah mengajar aku banyak benda.

Allah temukan aku dengan hamba yang cukup hebat dan tabah menghadapi ujian kehidupan.

Lepas COD barang, tiba-tiba tayar motor aku bocor.  Aku jadi tak keruan dan mula bertanya pada orang sekeliling di mana bengkel berdekatan.

Dengan bantuan penduduk kampung, aku disuruh pergi ke rumah seorang hamba Allah.  Setibanya aku di rumah tersebut, lewat jam 6.30 petang, salam aku dijawab oleh seorang wanita yang langsung bertanyakan apakah masalah yang sedang aku hadapi?

Aku bagitahu motor tayar bocor.  Wanita tersebut menyuruh aku tunggu sebentar sementara dia mandikan anaknya.

Dalam pada itu aku befikir, tak mungkin wanita ini yang akan tukarkan tiub motor aku. Ternyata sangkaan aku meleset.  Memang dia yang tukarkan tiub motor aku.

Aku jenguk ke dalam rumah, aku nampak sekujur tubuh kaku tak berdaya nak menggerakkan seluruh badan kerana lumpuh.  Disisinya pula kelihatan seorang anak kecil yang baru lepas dimandikn.

Tiba-tiba aku rasa sayu yang teramat sangat dengan kehidupan keluarga itu.  Ya Allah, besarnya ujian dia.  Aku minta izin untuk ambil gambar dan dia bertanya, untuk apa?

Aku jawab, aku cuma nak bantu cari sesiapa yang sanggup menghulurkan bantuan.

Walau bagaimanapun, lelaki itu memberitahu bahawa soal makan dan minum dia tak pernah risau kerana Allah sentiada ada bersamanya.  Dia turut memberitahu Allah sayangkan mereka.

Tiba-tiba aku bergenang air mata, kerana dia yang lumpuh berpuluh tahun boleh berkata sebegitu indah.  Bagi aku, demam seminggu pun dah gelisah.

Dia buat aku malu dengan diri sendiri.  Cuma baginya, soal rawatan dan lampin membuatkannya buntu.  Menurutnya, kedua-dua perkara itu memerlukan kos yang tinggi.

Wahai hamba Allah, terima kasih sebab ajar aku erti bersyukur.  Maaf kalau ayat aku ni tak berapa jelas.  Aku memang tak pandai buat karangan.  Tapi, itulah yang dia ajar pada aku erti kehidupan.

Untuk sesiapa sahaja yang ingin meringankan beban mereka, boleh terus ke rumah, di Kampung Beris Baru, Kuala Besut.

Tolong kongsi ya sahabat, hulurkan tangan ringankan beban hamba Allah ini.  Hari ini kita tolong orang esok-esok orang tolong balik.  InsyaAllah, nombor telefon 019 946 3667.

Nur Farra