Siakap Keli

Menteri Perpaduan Buka Mulut, Ucap Terima Kasih Kepada Yang Menyokongnya

Kecaman demi kecaman yang diterima sejak akhir-akhir ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Senator Waytha Moorthy Ponnusamy akhirnya membuka mulut melalui satu kenyataan yang dimuat naik ke laman facebook miliknya.

Melalui ‘luahan hati’ itu, beliau mengucapkan jutaan terima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia yang menyatakan sokongan isu ratifikasi ICERD yang diperjuangkan olehnya.

Bagaimanapun katanya, ketika ini beliau merasakan tiada keperluan untuk mana-mana pihak melancarkan kempen atas talian bagi mendesak kerajaan supaya mengekalkan jawatannya sebagai Menteri.

Semalam, sebuah petisyen dilancarkan secara atas talian menggunakan platform Change.org bagi menyatakan sokongan terhadap beliau. Sehingga kini (setakat pukul 9 pagi),petisyen yang menyasarkan tandatangan seramai 25 ribu orang itu sudahpun mengumpul lebih 18 ribu tandatangan.

Terdahulu, satu lagi petisyen yang dimulakan oleh Gerakkan Pengundi Sedar menggunakan platform yang sama bagi mendesak kerajaan melucutkan jawatan Waytha Moorthy berhubung kenyataan kontroversinya yang dibuat 10 tahun lalu telahpun menerima ditandatangani lebih daripada 100 ribu orang.

”Saya yakin rakyat Malaysia akan terus memberi sokongan kepada kerajaan Pakatan Harapan, yang menjanjikan Malaysia Baru selepas diperintah oleh Barisan Nasional selama 61 tahun.

”Saya juga kekal komited untuk mempertahankan Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang negara yang dirahmati ini,’‘ katanya.

Sumber : Waytha Moorthy Ponnusamy

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.