Siakap Keli

Najib Akui Hubungi Anwar Malam 9 Mei

Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengakui bahawa beliau ada  menghubungi Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim pada malam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) 9 Mei lepas.  Najib berkata beliau  sering berhubung dengan Anwar untuk bertanya khabar sepanjang Anwar ditahan di penjara Sungai Buloh.

“Hubungi Anwar (malam 9 Mei) memang ada tanya khabar secara peribadi,” katanya satu wawancara dengan Penasihat Editorial Karangkraf Datuk Abd Jalil Ali yang disiarkan secara langsung di laman Facebook Sinar Harian pagi ini. Najib  berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Abd Jalil sama ada benar bahawa beliau menghubungi Anwar pada malam 9 Mei lepas. Dalam pada itu, Najib berkata beliau tidak mempunyai perancangan untuk ‘membeli’ wakil rakyat Pakatan Harapan (PH) sejurus kekalahan Barisan Nasional (BN) dalam PRU14 lalu.

Malah, katanya, beberapa pemimpin utama BN termasuk bekas Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang kini menggalas tanggungjawab presiden parti datang ke rumahnya pada malam keputusan itu, namun langsung tidak menyentuh usaha menarik anggota Parlimen PH.

“Kami tak bincang nak curi atau nak beli mana-mana wakil rakyat PH untuk mereka menyeberang sebelah kita (BN),” katanya.

Dalam pada itu, Najib berkata UMNO perlu lebih berani menjadi pembangkang konstruktif dan membina di Parlimen dengan terus memperjuangkan kepentingan rakyat khususnya golongan anak muda.

Beliau berkata pemimpin parti tunjang BN itu perlu sentiasa berlapang dada menerima kritikan dari pihak lawan dalam masa ketika BN tidak lagi memerintah negara ini.

“UMNO perlu terus jadi lidah dan suara rakyat dan terus menjadi pembangkang konstruktif dan efektif,” katanya.

– BERNAMA

Nur Farra

writ.er / [rahy-ter]
-noun
1. a peculiar organism capable of transforming caffeine into books.

Tambah komen

Sumbang Artikel Anda

Anda suka menulis dan berkongsi? Tetapi tiada medium yang sesuai? Anda dialu-alukan untuk menulis di Siakap Keli sekiranya penulisan anda itu suatu perkara yang manfaat.

Kami Juga Bersosial

Sekiranya anda ingin mendapat berita dari Siakap Keli pada 'News Feed' media sosial, anda boleh ikuti kami di