Siakap Keli
Gambar : Youtube

(Video) Kambing Lahir Anak Kembar, Salah Seekornya Mirip Manusia

Seorang petani merasa terkejut selepas salah seekor kambingnya melahirkan anak. Manakan tidak, anak kambing itu kelihatan seperti satu makhluk aneh menyerupai ‘separuh manusia dan separuh khinzir’.

Lelaki berkenaan, Josephine Repique, 40, berkata, kambing biri-biri yang bunting itu melahirkan anaknya pada awal bulan di sebuah ladang kecil di Sultan Kudarat, Filipina.

Pada mulanya, tiada apa yang aneh apabila seekor anak kambing yang sihat dikeluarkan melalui kaedah kelahiran caesarian. Rupa-rupanya apabila melihat anak kambing yang kedua, terus mencetuskan rasa seram ramai apabila ia kelihatan seperti makhluk yang ganjil.

Gambar : Mail Online

Binatang kecil tanpa bulu itu jauh lebih besar daripada anak kambing lain yang dilahirkan dan mempunyai kulit merah jambu yang berkilat, kaki seperti khinzir dan ia juga mempunyai pusat, sama seperti manusia.

Repique berkata anak kambing itu kelihatan seperti ‘khinzir dengan campuran manusia.’

“Kami terkejut. Kami tak dapat menjelaskan bagaimana ia kelihatan seperti itu. Semua jiran datang ke rumah kami untuk melihatnya sendiri,” ujarnya.

Malangnya, ibu dan dua anak kambing lain yang dilahirkan mati, sekali gus mencetuskan ketakutan ramai bahawa makhluk itu sebenarnya adalah ‘syaitan mutan’ yang disumpah dan membawa nasib yang buruk.

Tambah Repique : “Tiada siapa yang tahu apakah ia, tetapi bukan kambing. Ia menakutkan. Kami semua tertanya-tanya kenapa ia berlaku dan adakah ia petanda buruk.”

Tetapi pakar percaya bahawa kambing itu mengalami mutasi genetik di dalam rahim.

Dr Agapita Salces dari Institut Sains Haiwan Universiti Filipina berkata ,janin itu kelihatan seperti mengalami mutasi genetik.

Ujarnya : “Ini mungkin kes mutasi genetik. Berkemungkinan juga ibu kambing itu menghidap penyakit yang dikenali sebagai demam Rift Valley akibat gigitan nyamuk dan ini menyebabkan perkembangan janin di dalam rahim terjejas.”

https://www.youtube.com/watch?v=ClkOuOErrPg

Sumber : Daily Mail UK

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.