Siakap Keli

(Video) Mubaligh Dari US Maut Kena Panah Dengan Puak Sentinel Ketika Berdakwah Di Pulau Terpencil India

Seorang rakyat Amerika Syarikat dipercayai seorang mubaligh yang terbabit dalam kerja-kerja dakwah agama Kristian dibunuh oleh satu puak orang asli, puak Sentinel ketika dia menjejakkan kaki di sebuah pulau terpencil yang didiami puak berkenaan dalam kejadian yang berlaku di India.

John Allen Chau, 27, sebelum terlebih dahulu tiba di India dan mengisytiharkan kehadirannya di sana sebagai usaha untuk berdakwah dengan visa pelancong sebelum menjelajah di kawasan sekitar Gugusan Pulau Andaman dan Nicobar untuk menjalankan aktivitinya.

”Kami enggan menggelarkannya sebagai pelancong. Ya, betul dia datang dengan visa pelancong tetapi niat sebenarnya kerana mahu menyampaikan dakwah agama Kristian di pulau-pulau terpencil yang tiada sesiapa pun dibenarkan masuk,” kata jurucakap dari India.

Mangsa bagaimanapun tidak memaklumkan kepada pihak berkuasa niatnya yang mahu menyeru penduduk-penduduk orang asli di pulau-pulau berkenaan mengubah agama.

Pulau dimana Chau terkorban, Pulau Sentinal Utara didiami oleh puak Sentinel dimana hak-hak mereka terjamin di bawah undang-undang India. Menurut laporan media antarabangsa, dianggarkan hanya lebih beberapa dozen orang ahli puak berkenaan sahaja yang mendiami pulau berkenaan.

Selain itu, pulau berkenaan juga merupakan sebuah pulau yang dikawal ketat dan orang ramai tidak dibenarkan berada dalam jarak 5 batu nautikal daripada pulau tersebut, semuanya gara-gara tindakan agresif yang puak berkenaan dalam kejadian yang berlaku pada 2006. Dua orang nelayan dibunuh dalam insiden tersebut.

Menurut pihak berkuasa, Chau dikatakan meminta bantuan daripada rakannya yang bekerja di dalam bidang kejuruteraan untuk mendapatkan bot dan bantuan nelayan tempatan bagi memenuhi impiannya menyebarkan dakwah.

Tujuh nelayan yang membantu Chau dalam misi tersebut sudah berjaya ditahan polis India atas kesalahan menjalankan aktiviti agama tanpa permit. Menurut nelayan-nelayan tersebut, mereka menggunakan bot kayu yang dilengkapi dengan enjin petrol.

”Mereka berhenti pada jarak kira-kira 500 hingga 600 meter daripada pulau berkenaan dan menunggu di situ sementara Chau secara bersendirian menggunakan kanu menuju ke pulau berkenaan untuk meneruskan misinya.

”Keesokkan harinya, Chau pulang dalam keadaan luka akibat dipanah. Manakala kanu yang digunakan turut menunjukkan tanda-tanda dirosakkan. Dia kemudian kembali ke pulau berkenaan dengan berenang menunju ke sana, dan tidak lagi pulang kembali selepas itu.

”Nelayan itu kemudian memberitahu mereka melihat puak sentinel menarik badan Chau di kawasan berpantai. Pihak polis tidak dapat mengesahkan sama ada Chau sudah mati ataupun tidak, tetapi berdasarkan apa yang dikatakan oleh nelayan-nelayan itu, kami percaya dia sudahpun dibunuh.

”Kami menempatkan pasukan untuk mengeluarkan jasad Chau yang terdiri daripada pasukan medik, pengawal pantai, pegawai kebajikan masyarakat, pegawai perhutanan dan pegawai polis. Ketika ini, kami masih merangka strategi bagaimana mahu menghampiri pulau itu tanpa sebarang kekecohan,” katanya lagi.

Pulau Sentinel Utara terletak kira-kira 1,370 kilometer daripada wilayah subcontinent India antara 572 buah pulau yang terletak di Gugusan Pulau Andaman dan Nicobar. Hanya 3 dozen pulau sahaja berpenghuni. India mendedahkan lebih 300 ribu penduduk mendiami pulau-pulau tersebut dengan Pulau Sentinel menjadi pulau paling terpencil.

Satu tinjauan dari udara yang dilakukan pada 2011 berjaya mengesan kelompok puak sentinel seramai 15 orang, namun dianggarkan jumlah keseluruhan penduduk pulau itu adalah sekitar 39 orang.

Survival International, sebuah badan bukan kerajaan yang berpangkalan di United Kingdom mendesak semua pihak menghormati keputusan puak-puak yang ada di Gugusan Pulau Andaman dan Nicobar itu.

”Puak Sentinel sudah berulang kali memberi isyarak kepada dunia bahawa mereka tidak mahu diganggu dan mahu kekal hidup secara sendirian. Jadi kami fikir, semua pihak harus menghormati keputusan itu,” katanya.

Selain itu, puak ini juga dipercayai merupakan keturunan langsung daripada manusia pertama yang berhijrah keluar daripada benua Afrika dan bertebaran di seluruh dunia. Puak ini juga dikatakan tidak pernah mengadakan sebarang hubungan dengan orang luar untuk puluhan ribu tahun lamanya serta tidak imun dengan sebarang penyakit, malah demam biasa boleh menyebabkan puak ini terhapus sepenuhnya. Jadi, lebih baik sekiranya puak Sentinel dibiarkan tanpa diganggu.

[youtube https://www.youtube.com/watch?v=mg6pL4Rh1PY]

 

Sumber : CNN

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.