Siakap Keli
Gambar Hiasan

(Video) Penduduk Utara Alaska Akan Jalani Kehidupan Tanpa Siang Selama 65 Hari

Penduduk-penduduk di pekan paling utara Amerika Syarikat iaitu di Utqiagvik, Alaska memulakan kehidupan ‘tanpa’ matahari untuk tempoh selama 65 hari, bermula Ahad lalu.

Utqiagvik, yang sebelum ini dikenali sebagai Barrow, hanya disimbah cahaya mentari untuk tempoh 65 minit sahaja pada Ahad dan diikuti dengan matahari terbenam pada pukul 1.44 petang waktu tempatan. Bermula daripada ssat itu, penduduk-penduduk tempatan tidak akan lagi dapat merasa kehangatan cahaya matahari sehinggalah 23 Januari tahun depan.

Pekan berkenaan yang didiami sekitar 4000 ribu orang penduduk terletak di Bulatan Artik, dimana semua kawasan di kawasan kutub utara akan mengalami tempoh malam yang lebih panjang.

Pada Ahad lepas, matahari di kawasan berkenaan mula terbit pada pukul 12.40 tengah hari dan terbenam kira-kira sejam kemudian.

Bagi menyambut kehadiran waktu malam yang panjang, penduduk-penduduk di situ berkumpul beramai-ramai untuk menonton filem bertajuk 30 Days Of Night yang ditayangkan pada 2007. Filem berkenaan yang menjadikan pekan Barrow sebagai latar mengisahkan kehidupan masyarakat yang diperintah oleh vampire.

Walapun suasana pada matahari terbenam tersebut berawan tebal sehingga menghalang mereka untuk melihat matahari buat kali terakhir untuk tahun ini, namun itu semua tidak menghalang penduduk berkenaan untuk mengadakan pesta.

”Menyambut ketibaan Malam Polar, berkumpul bersama-sama sahabat, bergurau senda dan menikmati pelbagai makanan adalah sesuatu yang indah.

”Kami tidak melihat matahari untuk tempoh 4 hari sebelum ini, cuaca mendung hari ini pula menghalang kami untuk mengucapkan selamat tinggal kepada matahari. Namun kami masih bergembira,” kata salah seorang penduduk.

Malam Polar bermula di Kutub Utara ketika musim Luruh Equinoks dan menyebar di seluruh kawasan Bulatan Artik sehinggalah tibanya musim Sejuk Soltis.

Ketika tempoh ini, suhu di pekan tersebut berada di sekitar -20 sehingga -23 darjah celcius. Manakala ketika musim sejuk tiba, suhu akan berada sekitar -23 sehingga -28 darjah celcius.

Walaupun Utqiagvik kehilangan matahari, namun pekan ini tidaklah akan bergelap sepenuhnya. Kerajaan akan membekalkan pencahayaan menggunakan lampu awam yang akan dibuka untuk tempoh tiga hingga enam jam setiap hari bagi memudahkan aktiviti harian penduduk di pekan itu.

[youtube https://www.youtube.com/watch?v=9JmUtKcjKfg]

 

Sumber : Dailymail

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.