Siakap Keli
Gambar Hiasan

5 Persoalan Dalam Fikiran Anak Sulung Boleh Membuatkan Reaksi Anda Berubah

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Kedatangan anak sulung memang memberi kegembiraan kepada semua keluarga, tambah-tambah lagi apabila menjadi cucu sulung dalam keluarga. Anak ini mesti mendapat layanan yang istimewa daripada kalangan ahli keluarga semestinya dari layanan oleh datuk dan nenek.

Tapi apabila anda merancang untuk anak kedua dan seterusnya, pernahkah anda berfikir tentang perasaan anak pertama? Kita terlalu gembira sehinggakan tidak peduli perasaan anak ini. Ini adalah soalan-solalan yang mungkin ada dalam fikiran anak pertama ini.

Kalaulah kita boleh baca fikiran anak sulung kita, pasti kita akan lebih memahami mereka. Tidak dinafikan bahawa sangat sukar untuk kita memahami mereka yang meragam dan tantrum sentiasa.

Ketahui 5 persoalan dalam kepala anak sulung ini untuk ubah persepsi kita kerana sebenarnya anak sulung itu cuba sampaikan sesuatu.

1. Kenapa saya rasa rindu pada ibu ayah?

Kalau dulu kita dan pasangan hanya bermain dengan anak sulung. Sepenuh perhatian diberikan kepadanya. Kalau dulu anak sulung tidak akan diganggu dengan tangisan adik. Kalau dulu tidak ada kita uruskan mandi, makan dan minum adik. Kalau dulu kita sentiasa ceria bermain dengannya tanpa wajah penat yang dipaparkan. Sekarang dekat wajah kita jelas kepenatan kerana menguruskan adiknya yang baru lahir.

2. Ibu ayah masih sayang saya?

Kita memang cuba untuk sedaya upaya beri perhatian kepada anak sulung dan dalam masa yang sama tidak melupakan perhatian kepada anak baru. Tapi ibu bapa perlu tahu bahawa anak sulung ini tidak akan faham semua itu. Mereka masih terkejut. Mereka ingat kita kurang beri perhatian kepada mereka kerana kita tidak suka mereka. Penting untuk kita beritahu mereka, bahawa kita sentiasa sayangkan mereka.

3. Apa yang sedang berlaku sebenarnya?

Anak sulung ini sebenarnya sedang terkejut. Mereka sedang cuba adaptasi dengan situasi. Mereka masih kecil jadi jangan anggap mereka boleh adaptasi dengan mudah dan pantas. Lebih-lebih lagi perubahan ini berlaku dan memberi kesan kepada mereka khususnya dari sudut emosi. Jadi? Jangan kita mudah marah dan anggap mereka mengada-ngada kerana sebenarnya anak itu sedang berhadapan dengan diri sendiri dan cuba mendidik emosinya sendiri. Jadi tanggungjawab kita untuk bantu dan sabar.

4. Ibu ayah dah lupakan saya ke?

Sebenarnya ini sudah dapat dirasai anak sulung mulai si ibu mengandung lagi. Saat itu, anak sulung tadi sudah mula rasakan perubahan dan keliru serta rasa tidak selamat akan kedudukannya. Mereka takut kerana gagal memahami apa yang berlaku. Ibu bapa selalu membelai perut ibu dengan kasih sayang dan cuba memberi penerangan kepada anak sulung. Tetapi emosi ibu bapa pastinya tidak sama dengan anak sulung mereka.

5. Kenapa ibu ayah gembira sangat?

Penat memang penat, tetapi ibu bapa yang mendapat cahaya mata baru pastinya gembira dengan kelahiran berkenaan. Ibu bapa akan beli pakaian baru, tilam bayi baru, botol susu baru dan sebagainya. Semuanya gembira dengan kelahiran anak baru. Tetapi, bagi anak sulung anda? Mereka memang tidak faham terhadap apa yang berlaku. Tiada apa yang gembira buat mereka dengan kelahiran adik baru. Emosi mereka yang tidak serasi dengan emosi ibu bapa pastinya boleh menimbulkan konflik.

Kelahiran kedua mungkin mudah bagi ibu bapa kerana ini ialah kali kedua dan pastinya ibu bapa sudah bersedia dan boleh melaluinya dengan lebih mudah.

Tapi sebaliknya berlaku kepada anak sulung anda. Ini ialah kali pertama buat mereka! Jadi ingatlah, dalam masa kita seronok dan bergembira dengan kelahiran baru, gandakan kasih sayang kepada anak pertama. Mereka perlu dapat lebih perhatian untuk menghadapi saat ‘sukar’ ini.

p/s : Tag pasangan anda, biar sama-sama tahu perasaan anak sulung ini. Untuk pastikan kita dapat memenuhi keperluan emosi mereka.

 

Sumber : Najmi Nawawi

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang