Siakap Keli

“Aku Mintak Diri Dulu,” Bersara Dari Industri Seni, Altimet Ucap Selamat Tinggal Pada Peminat

Sebelum ini kita hanya mendengar desas-desus bahawa penyanyi rap popular tanah air Altimet ingin bersara sebagai seorang penyanyi. Namun, perkara itu telah diumumkan sendiri oleh beliau melalui entri terbaru dalam laman Instagram miliknya.

“Hari last aku kat dalam bilik ni sebagai seorang rapper. Kalau dengar lagu aku lepas ni, tu bukan rakaman baru, tapi dah lama ada dlm hard drive aku. Aku tutup akaun aku tutup buku aku tutup mulut aku mintak diri dulu.” kata Altimet menerusi kapsyen.

Walaubagaimanapun, Altimet atau nama sebenarnya Syed Ahmad bin Syed Abdul Rahman Alhadad langsung tidak menyatakan sebab utama beliau ingin mengundurkan diri dari industri seni.

Altimet yang popular dengan lagu seperti Amboi dan Bunga telah berjaya mencuri hati peminat genre muzik rap tempatan dan menganggap Altimet salah seorang ‘Rapper’ yang sangat berbakat bukan sahaja dari segi nyanyian tapi turut berbakat dalam menghasilkan lirik lagu yang mantap.

Altimet juga berjaya menggondol anugerah Persembahan Terbaik di Anugerah Juara Lagu ke- 30 menerusi lagu ciptaan beliau sendiri Amboi.

Sumber: Altimet

 

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)