Siakap Keli

Ditembak Ketika Dalam Perjalanan Ke Majlis Pernikahan, Pengantin Muncul Dengan Peluru Masih Tertanam Di Bahu

Pengantin lelaki yang ditembak 2 lelaki bersenjata ketika dalam perjalanan ke majlis perkahwinannya di New Delhi berjaya diselamatkan selepas satu jam pembedahan dan terus bersanding di pelaminannya Rabu lalu.

Suspek dipercayai melepaskan tembakan sebelum melarikan diri.  Mangsa walau bagaimanapun telah terkena peluru di bahagian bahunya dan digegaskan ke hospital.

Pun begitu, doktor yang berusaha merawatnya tidak dapat mengeluarkan peluru jika pembedahan berskala besar tidak dilakukan.

Pengantin lelaki membuat keputusan untuk tidak mengeluarkan lagi peluru tersebut dan terus menuju ke majlis perkahwinannya untuk bertemu bakal isterinya.

“Peluru tersebut diantara tulang bahu,” kata Vijay, timbalan pesuruhjaya polis di Delhi.

Polis masih mencari kedua-dua suspek yang terlibat di dalam jenayah itu.  Katanya, insiden ini bukanlah yang pertama kali terjadi di India kerana sebelum ini seorang pengantin ditembak mati di utara negeri semasa upacara perkahwinannya.

Sumber: ST Asia

Nur Farra