Siakap Keli

Ganjaran Diskaun Petrol, Rebat Tol Untuk Pemandu Berhemah Tahun Depan

Menteri Pengangkutan dalam satu sidang media memberitahu cadangan ganjaran rebat petrol dan tol untuk pemandu berhemah dipertimbangkan dimulakan tahun depan.

Cadangan yang dikemukakan pihak petroliam Nasional Berhad, PETRONAS itu adalah salah satu inisiatif bagi melahirkan pemandu yang baik dan mengurangkan kadar kemalangan di jalan raya.

Inisiatif ini akan diselenggara atau dikawal menggunakan aplikasi khas yang boleh menilai tahap pemanduan pemandu berkenaan.

“Saya diberi cadangan sebentar tadi yang mereka sedang membangunkan aplikasi untuk menguji atau menilai cara pemanduan seseorang.

“Apabila anda mengaktifkan aplikasi itu, ia akan menilai samada anda pemandu yang baik atau sebaliknya.”

Nur Farra