Siakap Keli
Gambar Hiasan

Jangan Jadikan Alasan Untuk Tidak Bahagia, Ini Tips Yang Patut Anda Ikut

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Setiap keluarga inginkan kedamaian dan harmoni yang dicipta oleh hubungan yang postif. Siapa mahu keluarganya kucar kacir dengan perkara yang remeh sahaja. Mungkin pada pasangan yang baru berkahwin ini adalah proses untuk mengenal erti kehidupan yang sebenar.

Jangan jadikan alasan untuk anda tidak rasa bahagia. Anak-anak adalah kunci kebahagiaan dalam kekeluargaan. Di sini ada beberapa tips untuk bagi rumah jadi lebih sejuk dan tenang.

1. Jangan masuk rumah dengan membawa keserabutan daripada pejabat dan tempat kerja

  • Tenangkan diri dan buat Deep Breathing dulu sebelum melangkah masuk ke dalam rumah. Jangan bawa masuk stress kerja ke dalam rumah hingga anak anak dan pasangan pun kena tempiasnya

2. Sebelum masuk rumah baca doa dulu. Jangan main masuk sahaja.

  • Kita nak set minda kita bahawa kita sedang memasuki ‘ zon keberkatan dan kebahagiaan ‘. Latih juga mindset ni pada anak kita bahawa rumah ni adalah tempat yang penuh dengan kebahagiaan.
  • Barulah anak kita tidak merapu mencari kebahagiaan di luar rumah!

3. Sesekali tu ajar anak kita organizational skills juga :

  • Bila dah habis main, kat mana nak simpan
  • Bila dah buka baju, kat mana nak letak
  • Bila dah mandi, nak simpaj tuala kat mana
  • Bila dah makan, nak cuci dan simpan pinggan kat mana

Bukan rumah sahaja kurang bersepah, kemahiran anak pun kita boleh asah

4. Hadkan bilangan mainan di rumah. Mainan tu bagus untuk anak kita tapi sebenarnya ‘ less is better ‘

  • Mainan yang lebih sedikit membuatkan anak kita lebih fokus. Bila mainan terlampau banyak ini, bukan kita sahaja yang pening. Anak pun naik pening nak memilih.

5. Kita kena mahir membaca raut wajah, tone suara dan bahasa tubuh pasangan kita

  • Kita kena faham, masa pasangan kita tu nak bagitahu kita sesuatu hanya 7% sahaja yang sampai melalui perkataan ( verbal communication ). Selain itu, hanya 38% maksud perkataan tu terkandung dalam nada suara dan selebihnya 55% maksud perkataan tu terkandung dalam gerakan tubuh dan mimik muka.
  • Bila isteri kata ” Takpe. Saya ok je. Abang rehat la “. Aduh, jangan la terus percaya! Tu baru 7% daripada hal yang sebenar.
  • Tengok dulu raut wajah dia, ada tak tanda tanda redup akibat kepenatan ? Dengar dulu nada suara dia, ada tak suaranya mendatar akibat cuba menyorokkkan stress yang melampau?

Bila kita dah mula pandai baca bahasa tubuh pasangan, insyaAllah ni la baru dikatakan RUMAHKU, SYURGAKU!

 

Gambar dari Fb Taufiq Razif

Sumber : Taufiq Razif

Tambah komen

Sumbang Artikel Anda

Anda suka menulis dan berkongsi? Tetapi tiada medium yang sesuai? Anda dialu-alukan untuk menulis di Siakap Keli sekiranya penulisan anda itu suatu perkara yang manfaat.

Kami Juga Bersosial

Sekiranya anda ingin mendapat berita dari Siakap Keli pada 'News Feed' media sosial, anda boleh ikuti kami di