Siakap Keli

Kejam, Seekor Anjing Jantan Mati Selepas ‘Diliwat’ Dan Alat Sulitnya Dicederakan 4 Lelaki

Empat orang lelaki dituduh bertindak zalim apabila ‘meliwat’ seekor anjing jantan sebelum mencederakan bahagian alat sulit haiwan berkenaan, dalam kejadian yang berlaku di Mumbai, India.

Kaki anjing tersebut dipercayai telah diikat sebelum keempat-empat suspek melakukan serangan keganasan seksual terhadap anjing malang itu.

Anjing berkenaan ditemui dalam keadaan cedera parah dengan darah di merata-rata tempat di bandar tersebut. Badan bukan kerajaan, Animal Matter To Me (AMTM) memberitahu media bahawa anjing tersebut berada dalam keadaan trauma dan masih dirawat di sebuah klinik haiwan berdekatan.

Menurut jurucakap AMTM, Dr. Ankita Pathak, anjing malang itu akan menyalak dan cuba menyembunyikan diri apabila didekati oleh petugas kesihatan yang mahu merawatnya.

Seorang pemandu van yang berada di tempat kejadian memberitahu AMTM bahawa dia melihat empat orang lelaki dalam keadaan mabuk terlibat menyerang anjing tersebut.

Perkara berkenaan kemudian dibawa kepada pengetahuan pihak berkuasa yang kini masih menyiasat insiden tersebut.

Dalam kemas kini di laman facebook AMTM, anjing itu yang diberi nama Courage dilaporkan sudah mati akibat kecederaan parah pada bahagian kemaluan yang dialaminya.

Sumber : ANIMALS MATTER TO ME (MUMBAI)Mirror UK

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.