Siakap Keli

Konon Simpan Duit Nak ‘Shopping’ Jualan Diskaun 11.11, Gara-Gara Nak Jimat, Pelajar Hanya Makan Mi Segera 3 Minggu Sebelum Dikejarkan Ke Hospital

Seorang pelajar universiti dikejarkan ke hospital selepas membuat keputusan untuk ‘berjimat’ semata-mata untuk mengumpul duit sempena jualan 11.11 yang berlangsung baru-baru ini.

Hong Jia jatuh sakit kerana makan mi segera setiap hari selama 3 minggu kerana ingin menyimpan wang perbelanjaan harian yang berjaya dikumpul sebanyak RM500.

Walau bagaimanapun, hasil simpanan itu akhirnya digunakan untuk bayaran bil perubatan hospital setelah mengalami demam panas sehingga dimasukkan ke hospital.

“Saya hanya makan mi segera sejak 15 Oktober lalu dan gunakan hampir semua simpanan untuk bayar bil hospital,” kata Jia kepada media.

Kesal dengan insiden itu, Jia mengaku terkilan kerana tidak dapat membeli barangan yang diingini dengan harga murah seperti yang dirancang.

Hong Jia telah menjadi tajuk utama akbar di China awal bulan ini dengan ‘diet murah’ yang digunakan semata-semata untuk berjimat.

Sumber: Odditycentral

Nur Farra