Siakap Keli

(Video) Tak Mengaku Dera Anak Asuhan, Akhirnya Kantoi Video Tersebar Pukul Budak 4 Tahun Bertubi-tubi

Seorang pengasuh kanak-kanak di sebuah pusat penjagaan di pinggir kota Haslet Forth Worth dituduh menyakiti anak jagaannya, 4 tahun selepas didakwa menyebabkan kecedaraan kepada kanak-kanak terbabit.

Tracy Ludgwig, 36 tahun ditangkap sebaik pihak berkuasa mendapat klip rakaman video cctv yang menunjukkan Tracy melakukan kekerasan terhadap kanak-kanak itu sehingga mengalami calar di wajah dan lehernya.

Ketika ditanya apakah yang menyebabkan calar di muka kanak-kanak itu, Tracy memberitahu bahawa ia hanyalah disebabkan kesan daripada di garu.

Walau bagaimana pun, tak lama selepas itu, satu rakaman video cctv membuatkan Tracy kantoi besar apabila memperlihatkan susuknya sedang memukul dan menampar anak kepada pasangan, Andreason di bahagian dada dan muka.

Selepas 2 hari, lebam dan kesan tangan mula muncul di wajah anak mereka.

Daripada situ, pasangan tersebut mengambil keputusan untuk melaporkan kepada pihak berkuasa agar ibu bapa yang lain berhati-hati dan tidak terkena nasib yang sama seperti anaknya.

Sumber: Fox

Nur Farra