Siakap Keli

”5 Tahun Kami Berdua Tunggu Kehadiran Delima,” Jangan Putus Asa Soal Zuriat, Wanita Ini Kongsi Ikhtiar Yang Dibuat

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Awal tahun lalu, ingatkah anda satu klip video viral di media sosial, kejutan isteri kepada suami bahawa mereka bakal memperoleh cahaya mata setelah 5 tahun menanti. Ramai yang terharu apabila melihat air mata suami saat membuka kotak hadiah tersebut yang berisi sarung tangan comel bayi.

Sesiapa sahaja yang berada di situasi ini pasti dapat merasai apa yang dilalui oleh pasangan ini. Usah katakan 5 tahun, penantian setahun sahaja untuk memperoleh cahaya mata pun sudah dirasakan lama. Belum lagi termasuk pasangan yang diuji dengan lebih berat apabila terpaksa menunggu hingga lebih dari 10 tahun untuk merasai kehadiran zuriat pertama. Pokok pangkalnya, jangan pernah berputus asa.

Wanita yang berjaya memberi ‘kejutan’ pada suaminya itu, Puan Intan Nur Elliana Zakaria sudah pun selamat melahirkan Delima Nur Lailasari, anugerah tuhan yang ditunggu-tunggu selama ini pada 27 September lalu. Memang sangat comel!

Tampil berkongsi ikhtiar dan usaha yang dilakukannya dalam memperoleh zuriat, beliau berharap semua pasangan di luar sana tidak berputus asa dalam mengharungi perjalanan demi mendapatkan cahaya mata. Ikuti perkongsiannya ini seperti di bawah. Moga memberi manfaat buat semua.

PERJALANAN RAWATAN KAMI UNTUK MENDAPATKAN CAHAYA MATA.

#pcosfighter #TTC5years

Assalamualaikum

1. 2014 – Dari segi ubat & supplements
– Husband ambil makanan sunnah seperti kurma, delima, madu
– Saya ambil makanan sunnah juga
– Pergi bermacam-macam rawatan batin (tapi tak menjadi)

2. 2015 – Check kesuburan di hospital (husband & wife), macam kami buat di hospital swasta (caj dlm rm800++ untuk cek permulaan sahaja, haha mahal gila), check di hospital gov rasanya berganda-ganda murah, cuma hospital swasta ni setengah hari je da dapat tau result.
– Husband ada sperm issue (sperma lambat / tak aktif)
– Saya ada masalah PCOS (telur banyak tapi semua kecil dan tak matang)
– Jadi kami dah kenalpasti masalah dari segi teori

3. 2017 – Kurangkan berat badan dan jaga pemakanan
– saya amalkan diet atkins (buang karbo & gula) selama 3 bulan, berat turun dari 95kg ke 80kg (bukan semua orang mampu buat atkins, jangan paksa diri kalau tak mampu, anda boleh diet sihat/diet kalori/ Intermittent Fasting Diet/ Diet Suku-Suku Separuh)
– Lakukan senaman seperti jogging (tidak berat sangat)
– Husband ikut sikit-sikit je diet, hehe. Berat dari 112kg turun 110kg je. Bersenam sama-sama.
– Husband memang tak merokok
– Saya makan folic acids

4. 2017 -Akhir tahun bulan 12- Rawatan tradisional
– Husband buat rawatan urut saraf di Sg Haji Dorani Sg Besar, Selangor (wak sanip- 0136016338)
– Saya buat sekali rawatan urut hamil di Melaka.. (bole add beliau di facebook Smiley Loly Lilley)
– Bekam seluruh badan untuk keluarkan angin-angin dan darah kotor dalam badan. (Kalau boleh sebulan sekali)
– Kerapkan honeymoon berdua, takde bajet dalam bilik pon boleh honeymoon, pasang lagu romantik dan bau-bau aromatherapy

5. 2018- Selepas berjaya turunkan berat badan sebanyak 15 kg dalam masa 3 bulan dan buat urutan di Melaka, Alhamdulillah awal tahun bulan 1 2018 saya disahkan pregnant..

6. September- Alhamdulillah saya dah selamat melahirkan baby girl yang diberi nama Delima Nur Lailasari pada 27/9/2018.

Kami doakan anda semua berjaya mendapatkan zuriat juga.. Jangan mudah putus asa.. sokongan dan semangat pasangan masing-masing amat-amat diperlukan ketika ini.. Berdoa, selalu bersedekah dan memberi bantuan kepada orang yang memerlukan.. semoga usaha anda semua dipermudahkan.. InshaAllah, aminn ya rabbalalamin..

Doakan kami sekeluarga sihat dan Delima membesar dengan sihat dan sempurna ya.. InshaAllah.

Sumber : Intan Nur Elliana Zakaria

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.