Siakap Keli

”Jangan Buat 5 Benda Ni Pada Bayi Sebelum Masuk Tidur” – Doktor

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Mengacah-ngacah bayi sehingga ketawa memang sesuatu yang menyoronokkan, tambah-tambah untuk anda yang bergelar ibu bapa. Keletah comelnya yang ketawa, tangan terkapai-kapai dan memek muka yang tersenyum riang ibarat tonik mujarab untuk merawat kepenatan anda bekerja seharian. Jadi, anda mungkin berfikir tidak salah berhibur dengan anak seketika sebelum dibawa masuk tidur kan?

Tetapi tahukah anda, terlalu banyak geletek dan bergurau dengan bayi sebelum masuk tidur adalah salah satu daripada lima perkara yang anda perlu elakkan seperti yang dikongsikan oleh Dr. Taufiq Razif ini.

Jom baca perkongsian oenuh beliau di bawah. Semoga bermanfaat untuk ibubapa-ibubapa di luar sana.

Jangan Buat 5 Benda Ni Pada Bayi Sebelum Masuk Tidur !

1. Terlalu banyak geletek dan bergurau

– Benda ni semua akan mengaktifkan sympathetic nervous system secara berlebihan. Tu yang bayi tu jadi susah nak tidur

– 2 atau 3 jam sebelum tidur tu kita kena jadikan suasana sekeliling bayi tu senyap dan tenang. Barulah bayi kita tu jadi lebih mudah terlelap

2. Lupa sendawakan bayi sebelum tidur

– American Academy of Paediatrics ( AAP ) sendiri yang syorkan ibu bapa sendawakan baby setiap kali lepas menyusu walaupun baby tu nampak tenang dan tak meragam sebab kita tak tahu berapa banyak udara yang terperangkap kat dalam perut baby kita tu.

– Antara tanda baby kita mintak disendawakan adalah bila baby tu meragam lepas minum susu sebab udara yang ikut tertelan masa menyusu tu akan menyebabkan rasa penuh dan tak selesa pada bayi kita

– Kita sendiri pun susah nak tidur kalau perut penuh angin kan. Apatah lagi bayi kecil.

3. Waktu tidur selalu bertukar dan tak tetap

– Bayi seawal umur 12 minggu pun mula dipengaruhi oleh circadian rhythm. Circadian rhythm ni lebih kurang macam jam semulajadi yang ada dalam badan anak kita

– Makin tak tentu waktu tidur anak kita ( irregular bedtime) makin kacau circadian rhythm anak kita tu. Kalau harini tidur pukul 10 malam, besok lusa pun kena tidur pada waktu yang sama. Baru lah anak kita mudah lelap

4. Bergaduh di depan anak

– Walaupun anak kita tak respon pun bila kita bergaduh dengan pasangan tetapi sentuhan kita dalam keadaan resah gelisah tu boleh dibaca oleh anak kita

– Anak kita boleh tahu emosi kita melalui cara sentuhan dan nada suara kita. Kita nak jadikan anak kita setenang mungkin sebelum mereka tidur supaya tidur anak kita tu jadi lebih lena

5. Jangan Letak bayi depan TV

– Jangan letak anak depan TV sebelum nak tidur walaupun tengah ada rancangan CJ Wow Shop yang best!

– Nanti anak jadi susah mengantuk sebab pendedahan pada cahaya daripada TV tu menyebabkan penghasilan hormon melatonin anak kita tu jadi kurang. Makin kurang hormon tu, makin tak mengantuk la anak kita

p/s : Jangan main main dengan tidur kerana tidur yang tak lena dan berkualiti boleh efek perkembangan otak anak kita

p/s : Rasanya ramai lagi mak ayah yang belum tahu ilmu ni. Tolong bagitahu mak ayah yang belum tahu ye dan klik link ni untuk belajar ilmu parenting secara free šŸ‘‰ t.me/NotaTaufiqRazif

Sumber : Dr. Taufiq Razif

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.