Siakap Keli
Gambar : Bernama

Laporan 1MDB Diubah, Najib Tahu Tentang Ini – Ketua Audit Negara

Ketua Audit Negara Tan Sri Dr Madinah Mohamad hari ini  mendedahkan bahawa Laporan Akhir Pengauditan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) telah diubah dan bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tahu tentang perkara ini.

Beliau berkata dua perkara penting yang tidak dimasukkan dalam laporan itu – pertama  mengenai kehadiran ahli perniagaan yang diburu  Low Taek Jho atau  Jho Low dalam satu mesyuarat Lembaga Pengarah 1MDB dan kedua berkenaan status kewangan 1MDB

Madinah berkataarahan untuk membuat mengubah fakta berhubung kehadiran Jho Low di Mesyuarat 1MDB itu dibuat oleh bekas ketua setiausaha sulit kepada bekas perdana menteri, Tan Sri Shukry Salleh pada 26 Feb 2016 atas alasan ianya sensitif dan untuk mengelak fakta diputar-belit oleh pihak pembangkang ketika itu.

Madinah berkata beliau telah menyampaikan taklimat kepada mesyuarat Jemaah Menteri mengenai pindaan kepada Laporan Akhir Pengauditan 1MDB sebelum laporan berkenaan dimuktamad dan dibentangkan kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Awam Negara (PAC) pada 4 Mac 2016.

“Laporan akhir Pengauditan 1MDB sebelum pindaan telah diserahkan  kepada  Surujanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk siasatan lanjut pada 2018,” katanya dalam satu kenyataan.

Sumber : Bernama

Nuraiyshah A.L

Being a sleepy girl with a busy life is hard.

Tambah komen

Sumbang Artikel Anda

Anda suka menulis dan berkongsi? Tetapi tiada medium yang sesuai? Anda dialu-alukan untuk menulis di Siakap Keli sekiranya penulisan anda itu suatu perkara yang manfaat.

Kami Juga Bersosial

Sekiranya anda ingin mendapat berita dari Siakap Keli pada 'News Feed' media sosial, anda boleh ikuti kami di