Siakap Keli
Gambar : Mirror UK/REUTERS

Dua Budak ‘Bertuah’, Berjaya Curi Pesawat Dan Bawa Terbang Suka-Suka Hingga 100 KM Sebelum Pulangkannya Semula

Tanpa pengalaman, dua remaja lelaki yang berani ini dilaporkan berjaya mencuri sebuah pesawat dari sebuah lapangan terbang persendirian dan memandunya hingga 100 kilometer di udara.

Kedua-dua mereka yang berusia 14 dan 15, dikatakan meninggalkan kediaman mereka di Front Wasatch di Utah, di mana mereka tinggal bersama rakan-rakan, dan bernagkat ke Jensen di barat negara itu.

Difahamkan, mereka memandu sebuah traktor ke lapangan terbang di Jensen, di mana mereka mencuri sebuah pesawat ringan Cessna satu enjin.

Kemudiannya, pesawat itu dilihat terbang sangat rendah sepanjang US-40 berhampiran Gusher, Uintah County, kira-kira 32 batu (51 kilometer) ke barat Jensen.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Pejabat Sheriff Uintah County: “Berdasarkan maklumat yang diperoleh oleh penyiasat, kedua-dua remaja tersebut menyebut untuk terbang kembali ke Front Wasatch, tetapi mengambil keputusan untuk tidak melakukannya dan kembali ke Vernal di mana mereka mendarat di lapangan terbang.

Gambar : Mirror UK/REUTERS

“Kedua-dua remaja itu ditahan di Pusat Tahanan Remaja Split Mountain di Vernal atas pelbagai pertuduhan.”

Sisatan berhubung kejadian tersebut sedang dijalankan oleh pihak berkuasa.

Sumber : Mirror UK

Nuraiyshah A.L

Being a sleepy girl with a busy life is hard.

Tambah komen

Sumbang Artikel Anda

Anda suka menulis dan berkongsi? Tetapi tiada medium yang sesuai? Anda dialu-alukan untuk menulis di Siakap Keli sekiranya penulisan anda itu suatu perkara yang manfaat.

Kami Juga Bersosial

Sekiranya anda ingin mendapat berita dari Siakap Keli pada 'News Feed' media sosial, anda boleh ikuti kami di