Siakap Keli
Gambar : Bernama

Terengganu Beri Insentif RM500 Kepada 12,611 Penjawat Awam Disember Ini

Kerajaan Negeri Terengganu hari ini mengumumkan pemberian sumbangan insentif sebanyak RM500 kepada 12,611 penjawat awam negeri.

Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, pemberian itu melibatkan penjawat awam gred 54 dan ke bawah dengan jumlah bayaran sebanyak RM6.3 juta.

“Pemberian akan mula diagihkan bermula bulan Disember ini…pemberian sumbangan ini adalah sebagai penghargaan kepada penjawat awam yang berdedikasi dan komited sehingga meletakkan Terengganu sebagai antara negeri terbaik di Malaysia,” katanya.

Beliau mengumumkan perkara itu ketika membentangkan belanjawan negeri 2019 dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu di Wisma Darul Iman di sini hari ini.

Sumber : Bernama

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.