Siakap Keli

(Video) ”Abah Balik Solat Cakap Jumpa ‘Budak’ Dalam Parit,” Sebak, Tergamak Dibuangnya Bayi Ini, Menggigil Sejuk Dan Lapar

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Kejadian buang bayi di negara ini bukan lagi satu isu baru yang dilaporkan oleh media. Tergamaknya mereka ini seakan tidak mempunyai perikemanusiaan membuang nyawa yang tidak berdosa demi menutup kesalahan sendiri.

Terbaru, tular di media sosial perkongsian oleh seorang wanita mengenai bayi yang dibuang dalam parit. Mengalir air mata kami apabila melihat tubuh anak yang tidak berdosa itu pucat menggigil sejuk, dalam keadaan kelaparan.

Menurut wanita ini, jika bayi ini tidak dijumpai oleh orang ramai, pastinya dia akan lemas ditenggelami air parit. Tak dapat membayangkan, hilang kata untuk menggambarkan perbuatan keji mereka ini!

Abah balik sembayang and baca yasin kat kampung…pastu abah cakap pak ngah cerita ada orang jumpa budak dalam parit….abah ingat pak ngah melawak tapi abah kata tak kan benda ni buat lawak….

Terus cakap mama call la mak ngah…. bukan busy body tapi… nak tau budak lemas ka… budak apa… pastu mak ngah kata depa buang baby.

Sumpah sedih…. kalau tak mau, cari orang bagi… ramai lagi orang nak anak… nasib orang jumpa… kalau tak jumpa… air dalam parit banyak ka mau lemas baby ni.

Terus teringat… pensyarah ckp….cuba kira balik 9 bulan sebelum kejadian buang baby, lebih kurang bulan 2… HARI KEKASIH GERENTI LEPAS NIE AKAN ADA LAGI KES BUANG BABY…. MEMBESAR DENGAN SIHAT SYG…

Sementara itu, menerusi satu portal media tempatan, bayi yang masih bertali pusat itu ditemui pada jam 6 petang dalam keadaan dibaluti kain batik di tepi jalan di Taman seri Ampang, Alor Setar oleh seorang remaja sebelum dibawa pulang ke rumah pada khamis lalu.

Terkejut dengan penemuan yang tidak disangkakan itu, mereka kemudian menghubungi dan memaklumkan penemuan bayi itu kepada anggota Unit Kereta Peronda (MPV) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar.

Pasukan perubatan kemudian melakukan pemeriksaan terhadap bayi itu dan menghantarnya ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk pemeriksaan lanjut.

Menurut remaja terbabit, sebelum itu dia ternampak kehadiran dua orang lelaki yang menunggang motosikal di kawasan itu, meninggalkan bungkusan kain batik tersebut di tepi jalan.

Sumber : Annasuha Zaim

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.