Siakap Keli
Gambar : Facebook

(Video) Lori Rempuh Konvoi Motosikal, Seorang Maut Enam Lagi Parah

KUALA LUMPUR, 25 Nov (Bernama) — Seorang maut, enam cedera parah apabila sebuah lori merempuh sekumpulan penunggang motosikal yang berhenti di lorong kecemasan di Km 405 Lebuhraya Utara Selatan arah Utara di Lembah Beringin dekat sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira 10 pagi itu, konvoi lapan motosikal yang  ditunggang sekumpulan remaja berusia 20-an dipercayai berhenti di lorong kecemasan setelah bergesel sesama sendiri.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Bharu Yusuf Ali berkata lori  itu yang datang dari arah sama turut merempuh sebuah kereta Proton Exora di lorong kecemasan itu.

Gambar : Facebook

“Kereta itu berhenti bagi membantu konvoi motosikal yang terlibat kemalangan.

“Mangsa yang maut adalah seorang lelaki manakala enam yang parah terdiri daripada tiga lelaki dan tiga perempuan,” katanya ketika dihubungi sumber hari ini.

Beliau berkata  mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Kubu Bharu manakala mereka yang cedera dihantar ke Hospital Selayang untuk rawatan.

“Pemandu lori dan pemandu kereta tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya sambil menambah identiti mangsa sehingga kini  masih belum diperoleh.

Beliau berkata seramai 13 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Bharu dan Tanjung Malim dikejarkan ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pukul 10.33 pagi.

Menurut Twitter rasmi PLUS, kemalangan itu menyebabkan kesesakan lebih lima kilometer dan kesemua lorong telah dibuka pukul 1 petang ini.

Sumber : Bernama

Nuraiyshah A.L

Being a sleepy girl with a busy life is hard.

Tambah komen

Sumbang Artikel Anda

Anda suka menulis dan berkongsi? Tetapi tiada medium yang sesuai? Anda dialu-alukan untuk menulis di Siakap Keli sekiranya penulisan anda itu suatu perkara yang manfaat.

Kami Juga Bersosial

Sekiranya anda ingin mendapat berita dari Siakap Keli pada 'News Feed' media sosial, anda boleh ikuti kami di