Siakap Keli

Lima Penghantar Dadah Terbunuh Dalam Pertempuran Dengan Tentera Thailand

Bangkok : Lima penghantar dadah terbunuh dalam kejadian berbalas tembak dengan sepasukan tentera Thailand yang meronda di banjaran gunung Nangnon di daerah  Mae Sai, Wilayah Chiang Rai, kira-kira 700 meter dari sempadan Thailand-Myanmar.

Pertempuran selama15 minit itu berlaku lewat malam tadi apabila pasukan tentera mengesan tujuh lelaki membawa karung berisi dadah di hutan berkenaan, kata Rejimen Cavalry Kedua, Pasukan Phanmuang.

“Anggota tentera pergi semula (pada Ahad pagi) ke tempat berlakunya pertempuran dan menemukan lima mayat pembawa dadah berkenaan bersama-sama kira-kira 1 juta tablet “Yaba” (Syabu),” katanya serta menjelaskan setiap lelaki yang terbunuh itu membawa karung berisi 200,000 tablet.

Pihak berkuasa belum mengenal pasti identiti dan kerakyatan mereka yang terbunuh itu, walaupun  terdapat spekulasi lelaki terbabit adalah daripada suku kaum yang tinggal di wilayah pergunungan di sepanjang kawasan sempadan.

Tiada anggota tentera cedera dalam pertempuran itu.

Sumber : Bernama

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.