Siakap Keli

Ngeri, Pengamal Ilmu Hitam Ditahan Miliki Kepala Wanita Baru Dipenggal

Seorang pengamal ilmu hitam ditahan pihak berkuasa Nigeria atas kesalahan memiliki kepala seorang wanita yang baru dipenggal, dipercayai untuk digunakan dalam satu ritual menjelang pilihanraya negara tersebut.

Taju Olalekan, 32, ditahan di Idi-Aro, Ibadan Sabtu lalu setelah pihak berkuasa menerima laporan orang awam yang curiga melihat tingkah lakunya.

”Sebaik menerima laporan, sepasukan anggota polis daripada Balai Idi-Aro dikejarkan ke lokasi kejadian sebelum menahan suspek bersama-sama kepala wanita berkenaan.

”Suspek mengakui bahawa kepala wanita itu baru sahaja diterima daripada adiknya,  Saheed Olalekan, yang ketika ini bersembunyi. Siasatan juga mendapati bahawa suspek merupakan sebahagian daripada kumpulan yang menjalankan urusan perniagaan jual beli organ manusia,” kata jurucakap polis.

Polis juga memaklumkan sebelum ini pihaknya berjaya mendapat maklumat bahawa dua tengkorak manusia pernah dijual sebelum ini kepada dua pelanggan yang tidak dikenali. Manakala, pihak polis belum dapat mengesahkan individu yang mungkin menjadi pembeli kepada kepala wanita yang dimiliki Taju.

”Ketua Polis, Abiodun Odude, mengarahhkan Jabatan Siasatan Jenayah Dan Perisikkan (CIID), Iyaganku, untuk mengambil alih kes ini,” kata jurucakap itu lagi.

Sumber : Daily Post

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.