Siakap Keli

Pekakkan Telinga Dengan Apa Orang Kondem, Mereka Ini Buktikan Dari Bisnes Kecil Dan Kekurangan Boleh Buat Mereka Berjaya

Setiap usaha keras dan pahit jerih yang dikorbankan pasti akan ada hasilnya yang manis bak madu, begitulah boleh disifatkan dengan 12 usahawan ini di mana rata-rata meraka ini hanya mempunyai perniagaan kecil kecilan tapi akhirnya berjaya.

Ada antara mereka disindir kerana mentaliti segelintir orang yang menganggap apa mereka lakukan adalah mustahil untuk ‘kaya’, tetapi penat jerih dan tekad mereka yang mana hanya mereka tahu membuatkan mereka kini layak untuk bangga dengan apa yang mereka perolehi.

Contohnya seperti Kuhim @ Ebin Ugat, dari Sabah ini, ada yang mengatakan beliau bodoh hari-hari tebang buluh, seperti melakukan kerja sia-sia, tetapi mereka tidak tahu yang beliau berjaya menjana pendapatan lebih RM200,000 hanya dengan membuat permainan muzik tradisional Sabah berasaskan buluh.

[youtube https://www.youtube.com/watch?v=GKgYGB_tYZU]

 

Tidak kurang seperti apa yang berlaku kepada Siti Sofiyah Binti Sabtu, beliau dikatakan membongkah arus dengan menceburi bidang kerja yang hanya dipelopori lelaki yang kononnya perempuan tidak mampu buat iaitu kimpalan.

“Dulu orang herdik dengan kata-kata yang negatif, kata perempuan menyusahkan orang, buat kerja lambat, simpan jer lah angan-angan dan cita-cita (dalam bidang kimpalan),” itu antara pengalaman pahit yang dilalui oleh seorang wanita bernama Siti Sofiyah Binti Sabtu ketika mula menceburi bidang kimpalan ini.

Itu dahulu, kini beliau sudah boleh mampu tersenyum selepas usahanya selama ini menunjukkan hasil di mana kini Siti Sofiyah sudah berjaya memiliki sebuah syarikat kimpalannya sendiri sekaligus membukti perempuan mampu untuk berdiri sehebat lelaki walaupun dalam bidang yang agak mencabar dan comot bagi seorang perempuan.

[youtube https://www.youtube.com/watch?v=0D_oBC6dHXk]

 

Berbeza pula dengan kisah pemuda dari Terengganu ini, Ahmad Safuan Nizam Bin Kamarudin, siapa sangka dahulunya sebuah kejadian malang berlaku kepadanya pernah membuatkan beliau hilang semangat menjadi orang kurang upaya, tapi beliau kini bangun dan berjaya.

“Sewaktu berumur 5 tahun saya kehilangan sebelah dari pengelihatan saya kerana mata saya tercucuk gunting waktu emak saya sedang tekun menyiapkan baju kurung pelangganya.”

“Akibat dari tragedi tersebut seluruh hala tuju hidup saya berubah dan saya tidak membesar dengan normal seperti kawan-kawan saya.”

Namun, kekurangan itu tidak menghalang untuk beliau kini bergelar tukang jahit yang berjaya, malah dia kini memiliki jenama jeansnya sendiri.

Beliau pada mulanya hanya menjalankan perniagaan kecil membaiki jeans rosak kerana masalah kewangan untuk modal, tapi sedikit demi sedikit modal dikumpul, kini dia mampu untuk memiliki dua buah kedai atas jenama ‘RAW DENIM HOUSE’ dan 20 mesin jahit sendiri serta pekerja.

[youtube https://www.youtube.com/watch?v=miTvElyKqic]

 

Itulah antara 3 dari 12 peserta akhir PROJEK INSPIRASIKU anjuran Suruhanjaya Syarikat Malaysia di mana mereka akan berentap ke peringkat akhir yang akan berlansung beberapa hari sahaja lagi.

Mereka yang berjaya akan membawa pulang hadiah utama RM10,000 dan trofi. Jom lihat semua video usahawan-usahawan ini, setiap mereka mempunyai kisahnya tersendiri untuk berjaya.

Jom kita saksikan kisah-kisah kebat lagi sembilan orang peserta akhir PROJEK INSPIRASIKU SSM ini, kalau mereka boleh berjaya dari hanya bisnes kecil-kecilan tanpa memerlukan modal yang besar, kenapa kita tidak boleh?

[youtube https://www.youtube.com/watch?v=mDE2uYnL-ac]

 

[youtube https://www.youtube.com/watch?v=1A2wpER-K4s]

 

[youtube https://www.youtube.com/watch?v=S-FuZqH1BMg]

 

[youtube https://www.youtube.com/watch?v=dEfQ-39Ne0w]

 

[youtube https://www.youtube.com/watch?v=TfqN1q4LNPM]

 

[youtube https://www.youtube.com/watch?v=UnjZwWcTJC8]

 

[youtube https://www.youtube.com/watch?v=BsK9aUyhuXE]

 

[youtube https://www.youtube.com/watch?v=hbGT5mvbp2s]

 

[youtube https://www.youtube.com/watch?v=I1cNunYz3-A]

 

Jadi, jangan lupa 28 NOVEMBER 2018, 12 peserta ini akan berentap, anda dapat menonton rancangan ini secara lansung atau Live di Facebook Suruhanjaya Syarikat Malaysia (Laman Rasmi) Jangan lupa tau.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.