Siakap Keli

Seisi Keluarga Boleh Guna Kalau Sakit, Wanita Ini Kongsi Manfaat Dan Resipi Minyak Bawang Putih Pelbagai Guna

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

MINYAK BAWANG PUTIH PELBAGAI GUNA

Sebenarnya banyak lagi kegunaan minyak bawang putih ni Saya guna minyak ni sejak dari anak kecil sampailah sekarang ni.. Masa kecik dulu, Fydh ni kerap kena amek neb. Doc cakap Fydh ni mudah berkahak sebab banyak penghasilkan mukus kat paru-paru. Walaupun batuk sikit je, tapi kahaknya sampai ganggu pernafasan. Risiko nak kena asthma pun tinggi sebab ada family history. Tapi lepas amalkan guna minyak bawang putih ni, alhamdulillah memang nampak banyak perbezaan.

Seisi famili boleh guna minyak ni dari sakit perut/kembung perut, sebu (akibat masalah penghadaman atau gastrik), batuk & selesema, demam, ruam & gatal-gatal (termasuk digigit nyamuk), juga sebagai insect repellent. Tapi kalau sebu perut sebabkan masalah penghadaman/gastrik tu, kena urut sikit lah point² tertentu kalau nak lagi berkesan. Saya sendiri & suami pun memang guna minyak ni je kalau tak sedap perut..

Bahan asasnya cuma minyak zaitun (atau minyak kelapa), bawang putih & daun salam. Tapi sekarang ni saya suka tambahkan daun bidara sebab kesannya lebih cepat & efektif (terutama untuk ruam & gatal).

Saya nak share cara saya buat minyak bawang putih. Cara saya berbeza sikit sebab bawang putih digoreng dalam minyak. Arwah nenek saya dulu bidan kampung & buat minyak urut sendiri. Herba/akar kayu semuanya digoreng dalam minyak & dibiarkan merenih lama supaya khasiatnya larut ke dalam minyak & tahan lebih lama. Saya adaptasi cara arwah untuk buat minyak bawang putih ni lak  semoga dengan perkongsian ni, dikurniakan pahala buat arwah.. Aamiin..

Bahan²:
1 cawan (250 ml) minyak zaitun (saya guna extra virgin olive oil)
1 labu bawang putih
1-2 helai daun salam (segar/kering)

Cara-cara:

1. Bawang putih dikupas kulit, dihiris nipis & dibiarkan seketika (5-10 minit).
*bawang yang telah dipotong/dilenyekkan akan mengalami proses enzimatik yang akan menukar bahan alliin kepada allicin, yang sangat bermanfaat pada tubuh.

2. Goreng daun salam & bawang putih dalam sedikit sahaja minyak zaitun (agak² tenggelam je) dengan api yang sangat perlahan hingga garing. Jangan sampai hangit ye, nanti banyak khasiat bawang putih hilang. Sebab tu api kena kecil.
*goreng sehingga bawang garing ni penting supaya hilang rasa ‘pijar’ atau ‘pedihnya’ jika sapu kat tempat yang ada luka. Minyak gak boleh tahan lebih lama bila bawang digoreng garing.


3. Masukkan bahan² tadi ke dalam bekas kaca & tambah minyak zaitun selebihnya (minyak zaitun akan hilang khasiat dlm suhu terlalu tinggi, sebab tu guna sikit je utk goreng). Kacau agar sebati & biarkan suam.*sebaik²nya biarkan minyak terendam semalaman atau 8-12 jam sebelum di masukkan dalam botol travel (saya biarkan 24 jam sebelum masukkan dalam botol)

4. Masukkan dalam botol kecil (travel bottle) untuk kegunaan harian.

MANFAAT DAN KEGUNAAN
==========

👉 Untuk ditambah ke dalam masakan
Mommies yg mempunyai masalah ank kurang berat badan, tambahkan sesudu minyak ni ke dalam masakan (selepas selesai memasak) utk menambah kalori. Daun salam bkn shja memberikan aroma yg enak tetapi meningkatkan selera makan si manja

👉 Pengganti tumisan bawang putih dalam masakan
Mommies yg kesuntukan masa, gunakan je sedikit minyak ni/bawang putih goreng untuk menumis. Dpt jimat masa — tak perlu lg tambah bawang putih.

👉 Mengurangkan demam/sakit tekak, batuk & mencairkan kahak
Bawang putih membantu menguatkan antibodi badan & melawan penyakit. Sapukan minyak pada bahagian dada, belakang badan & paling penting tapak kaki. Lakukan sekurang²nya 2 kali sehari. Untuk sakit tekak & batuk, boleh juga sapukan minyak ni dibahagian bawah dagu & sekitar leher untuk kesan yang lebih cepat.

👉 Mengurangkan selsema
Rebus air & masukkan beberapa sudu minyak bawang putih. Hidu wap selama 15-20 minit. Bagi anak kecil, tiarapkan di atas riba. Mommies perlu pastikan hidung anak menghidu wap. Bawang putih adalah antibiotik terbaik, daun salam pula membantu mengurangkan masalah berkaitan pernafasan.

👉 Menghentikan bersin
Sapukan minyak pada hidung & batang hidung. Bersin akan beransur² kurang. Bagi yang mengalami gatal dalam hidung/resdung, titiskan sedikit minyak bawang putih ke dlm hidung (bhgian tepi) untuk kurangkan gatal.

👉 Sebagai mosquito repellent
Bawang putih sangat efektif digunakan sebagai repellent kerana baunya yang kuat tidak digemari oleh nyamuk.

👉 Mengurangkan gatal² akibat gigitan nyamuk/alahan/eczema
Kedua² bawang putih & daun salam mempunyai efek anti inflamasi & boleh mengurangkan gatal.
Sapukan ditempat gatal & urut agar minyak meresap ke dalam kulit. Lakukan beberapa kali hingga gatal hilang.

Nota:
Ank saya ada eczema & saya sapukan minyak ni setiap hari & setiap kali eczema die flare. Alhamdulillah, eczema die cepat surut bila sapu dengan konsisten.

👉 Mengelakkan & mengurangkan ruam lampin.
Bayi yang mempunyai kulit sensitif mudah terkena ruam lampin. Pastikan kerap menukar lampin kerana air kencing bayi menyebabkan ruam semakin gatal. Bersihkan punggung bayi (sebaik²nya guna air) & sapukan minyak sebelum dipakaikan lampin baru.

👉 Mempercepatkan proses penyembuhan luka
Bersihkan luka & sapu minyak sebelum balut luka. Khasiat bawang putih sebagai antibakteria mengurangkan risiko jangkitan & daun salam mempercepatkan luka sembuh.

Nota: Pentingnya goreng bawang putih hingga garing adalah untuk kurangkan ‘pedas’ atau ‘pijarnya’. Bawang putih yg tak digoreng garing akan membuatkan rasa pedih apabila disapu tempat luka/berdarah.

👉 Mengatasi bibir kering & merawat ulser mulut/mata ikan/sariawan
Kerap sapukan minyak pada bibir yg kering/bahagian yang terkena ulser.

Nota: anak sy pernah terjatuh & bibir belah dalam luka akibat terkena gigi. Si kecik ni langsung xnak makan/minum susu sebab luka bibirnya dah jadi ulser. Dalam 3-4hari je ulser die dh kering dengan penggunaan sekurang²nya 2x sehari.

👉 Melebatkan rambut/mengurangkan rambut gugur
Mommies yg ingin anak rambut lebat, rajin²lah lumurkan minyak ini pada rambut. Minyak zaitun sendiri terbukti mempunyai pelbagai khasiat utk rambut, ditambah pula dengan kandungan gizi yg tinggi dlm bawang putih mampu menguatkan & melebatkan rambut. Gabungan daun salam — digunakan dlm perubatan ayurvedic utk menguatkan rambut/mengurangkan rambut gugur. Mommies pn boleh guna sendiri utk kurangkan rambut gugur lepas bersalin tu.. Lumur pada rambut & biarkan sekurang²nya 15 minit sebelum cuci rambut.

👉 Merawat cradle cap (kulit kepala berkerak)
Untuk merawat bayi yang mempunyai masalah cradle cap (kulit kepala berkerak seakan² kelemumur, bertompok kecoklatan & berminyak), sapu minyak & urut lembut kepala bayi. Biarkan sekurang²nya 15min-30min untuk melembutkan kerak. Sikat kepala bayi dengan sikat untuk menanggalkan kerak. Syampu rambut bayi seperti biasa. Lakukan beberapa kali sehingga cradle cap benar² hilang.

Nota: Cradle cap kerap berulang & selalunya akan hilang sendiri apabila bayi mengjangkau usia setahun tapi ada jg yg lebih lama. Si kecik ni sendiri dah nk masuk 2 thn pn, masih ade cradle cap. Sebelum ni guna santan/minyak baby biasa. Lepas beberapa lama jadik balik walaupun kerap syampu. Semenjak amalkan sapu minyak bawang putih ni kat kepala, nampak perubahan ketara. Cradle cap makin berkurang & alhamdulillah sekarang dah xde.

👉 Bonus utk mommies – Sebagai homemade make up remover. Utk buat make up remover, campurkan 1 bahagian minyak + 3 bahagian air dalam bekas/botol. Bukan sahaja berfungsi tanggalkan mekap, tapi mengecutkan jerawat & memudarkan parut juga 😘 Pastikan goncang bekas sebelum digunakan ye..
Utk jenis kulit berminyak, boleh campurkn sebatang kayu manis ke dlm botol.

Sumber: Yatie Eimra

Aisha Ratnila

"Don't be distracted by criticism. Remember the only taste of success some people get is to take a bite out of you."

- Zig Ziglar

Tambah komen

Kami Juga Bersosial

Sekiranya anda ingin mendapat berita dari Siakap Keli pada 'News Feed' media sosial, anda boleh ikuti kami di