Siakap Keli
Gambar Hiasan

Wanita Ini Kongsikan Pengalamannya Berkawan Dengan Pesakit Mental, Ini Kisahnya

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Bila disebut mengenai penyakit di dunia ini terlalu banyak sehingga tiada ubat untuk sembuhkan melainkan dengan kenyakinan diri dan semangat yang kuat. Penyakit boleh berlaku dimana-mana bahagian anggota badan manusia mahupun binatang.

Penyakit yang memerlukan semangat orang sekeliling ialah penyakit mental atau Suicidal Tought. Ianya berpunca daripada beberapa sebab. Salah satunya daripada bisikan negatif orang sekeliling dan berlaku kemurungan yang berpanjangan.

Bila kita cakap tentang sakit mental, ia merupakan penyakit yang melibatkan gangguan pada fungsi otak yang mana boleh menyebabkan perubahan kepada proses pemikiran, perasaan dan tingkah-laku seseorang. Sebab tu lah jadi gangguan untuk menjalani aktiviti seharian dengan baik.

Ini adalah berkongsian daripada seorang jururawat yang berkawan dengan pesakit mental pada azalinya mereka adalah orang yang berilmu dan mempunyai didikan agama yang cukup tetapi masih juga menjadi golongan daripada penyakit ini.

Sumber Dari Fb Bel Nawhen

Penyakit mental ini ada macam-macam sebab dan punca. Antaranya:

1. Faktor genetik/ keturunan:
Ada ahli di dalam keluarga yang mempunyai sejarah penyakit mental lalu atau sedia ada mempunyai risiko lebih tinggi berbanding populasi yang tiada sejarah penyakit berkenaan.

2. Gangguan bahan kimia dalam otak:
Benda macam ni dalam bahasa mudah dia, bila bahan kimia dalam otak yang dikenali sebagai neurotransmitter tidak berfungsi dengan baik lalu gejala penyakit mental akan muncul. Sebagai contohnya:
A. Schizophrenia: Penghasilan dopamin secara berlebihan
B. Kemurungan: Paras serotonin terlalu rendah
C. Mania: Paras serotonin meningkat secara melampau
D. Kebimbangan: terdapat gangguan di dalam pengeluaran dan fungsi noradrenalin

3. Sejarah hidup yang getir:
Sebagai contoh: mengalami proses kelahiran yang sukar, kehilangan ibu bapa semasa kecil, terlalu banyak mengalami cabaran hidup yang sukar.

4. Keadaan sosio-ekonomi yang rendah:
Faktor kemiskinan, tiada kemudahan asas atau keganasan di dalam masyarakat pun boleh meningkatkan masalah penyakit mental.

Menurutnya lagi, beliau bantu dengan caranya sendiri. Sebagai contoh, beri tempat tinggal dan jauhkan pesakit dari punca atau triggered kepada depression yang menyebabkan dia hampir hilang kawalan diri. Cara yang lain, hanyalah menjadi pendengar yang setia sahaja.

Berbalik kepada kisah rakan-rakan saya. Ya, bila trigger tu tidak ada, mereka dapat menjalani kehidupan seperti biasa tetapi, ada kala, sosial media pun boleh jadi racun berbisa dan pedang paling tajam kerana stigma yang tidak sudah-sudah.

Cubit peha kanan, peha kiri rasa sakit.
Begitulah juga mereka. Tidak mustahil, kata cemuhan, tuduhan membabi buta dari netizen yang tidak punya perasaan di mana-mana platform social media mampu mencetuskan kembali konflik emosi dan gangguan perasaan yang sudah mereka cuba lupakan.

Ya, kecil sangat tu. Sebab gaduh dengan kekasih, nak bunuh diri. Sebab gaduh dengan suami/isteri, nak bunuh diri. Stress tempat kerja, nak bunuh diri.

Lembik. Hati tisu . Tak mampu terima cabaran. Hidup nak harap belas orang.

Hakikatnya, mereka-mereka ini sudah penat berjuang. Mereka sudah letih melawan kehendak diri dan mengikut kehendak alam. Kiri kanan dok kata. Yang didalam kepala merayu, yang di alam nyata mencemuh. Jadi, apa lagi erti hidup pada mereka jika nak turut kehendak semua.

Baca juga artikel ini ‘Schizophrenia.

 

Sumber : Bel Nawhen

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang