Siakap Keli

Cermin Pusat Beli Belah Didakwa Milik Pemaju One City Dipecahkan Perusuh

Rusuhan kali kedua yang berlaku awal pagi tadi menyaksikan One City Mall, sebuah bangunan dipercayai milik syarikat pemaju One City Developement Sdn Bhd dilaporkan telah dirosakkan oleh sekumpulan individu dalam kejadian yang berlaku kira-kira pukul 2 pagi tadi.

Beberapa keping gambar di lokasi kejadian turut tular di media sosial yang menunjukkan bahagian dinding kaca pusat membeli belah yang terletak kira-kira 2 kilometer daripada kuil berkenaan. Turut dilaporkan mengalami kerosakkan adalah sebuah kenderaan pelbagai guna mewah (MPV) Toyota Alphard yang berada di pakir One City Mall.

Bagi mengawal keadaan, sepasukan anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) telah dikerahkan ke lokasi kejadian.

Berdasarkan laporan beberapa media tempatan, kumpulan perusuh berkenaan dikatakan berkumpul dan mula berarak daripada Kuil Sri Maha Mariamman, USJ25, Subang Jaya menuju ke pusat membeli belah itu.

Sumber gambar : Has Hasliza

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.