Siakap Keli

“Jangan Kacau Mereka,” Syed Saddiq Pertahan Atlet, Isu Pemakaian Patuh Syariah Mulai Tahun Depan

Sebelum ini, dalam satu kenyataan media, kerajaan Terengganu mengumumkan pelaksanaan pemakaian patuh syariah bagi setiap atlet sukan negeri bermula tahun hadapan.

Walau bagaimanapun, isu ini telah mendapat perhatian Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq yang tidak bersetuju di atas pelaksanaan tersebut.

Syed Saddiq dalam satu status Facebook miliknya mempertahankan setiap atlet dengan menjelaskan bahawa atlet adalah aset negara.

“Sila hormati pilihan wira dan wirawati.  Jangan kacau mereka.”

“Sukan adalah untuk semua, atlet kita adalah wira dan wirawati kita.  Ada diantara atlet yang menghubungi saya secara peribadi berbincang mengenai isu ini.  Saya rasa perlu untuk pertahankan mereka kerana mereka ini aset negara.

“Keputusan ini adalah membimbangkan kerana masa depan sukan seperti gimnastik, terjun, renang dan bina badan akan terjejas.

“Ramai atlet beragama Islam yang menyumbang banyak pingat untuk negara termasuk Farah Ann Hadi (gimnastik), Nur Dhabitah Sabri (terjun) dan Sazali Samad (bina badan).

“Ini adalah sukan yang telah memenangi pelbagai pingat di Sukan Komanwel, Sukan Olimpik, Asean dan Sea Games oleh atlet kita.

“Hero kita sendiri, Azizul Hasni Awang, seorang pelumba dunia dan diberi pengiktirafan antarabangsa juga berasal dari Terengganu, walau apa pun pilihan mereka, saya akan bersama mereka tanpa mengira pakaian apa yang dipakai.  Tolong jangan kacau mereka!”

Nur Farra