Siakap Keli
Gambar : Has Hasliza dan Nurul Najihah

”Kamu Kuat, Cepat Bangun Muhammad Adib” Luahan Hati Tunang Bomba Dipercayai Dipukul Perusuh

”Tunang saya masih selamat. Tolong la hentikan yang bukan-bukan. Doakan dia. Muhammad Adib”, itulah kata-kata tunang kepada Muhammad Adib bin Mohd Kassim, anggota bomba yang dipercayai dipukul oleh perusuh di Kuil Sri Mariaman semalam.

Nurul Najihah dalam muat naik di Facebooknya itu menafikan yang tunangnya itu telah meninggal dunia seperti yang sedang tular di laman sosial sekarang.

Malah melalui perkongsian yang berbeza di laman facebooknya, Najihah turut meminta orang ramai agar terus mendoakan agar tunangnya itu kembali sedar dan selamat.

”Kamu kuat. Cepat bangun kamu, Muhammad Adib. Doakan tunang saya. Tak kuat tengok kamu macam tu,” katanya lagi.

Najihah turut memuat naik beberapa keping gambarnya dengan mangsa.

Sebelum ini, seorang individu telah bertindak memuat naik satu tangkap layar Whatsapp yang mendakwa bahawa Mohammad Adib sudahpun meinggal dunia.

Bagaimanapun, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia melalui satu kemas kini di laman facebook menafikan perkara tersebut. Menurut jabatan itu, Adib masih lagi berada dalam keadaan tidak sedar dan sedang diberi rawatan yang terbaik oleh pihak Subang Jaya Medical Centre.

”Jabatan mengharapkan agar tiada sebarang penyataan yang tidak benar disebarkan oleh orang yang tidak bertanggungjawab berkenaan dengan keadaan sebenar PB Muhammad Adib bin Mohd Kassim,” kata kenyataan itu.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.