Siakap Keli

Kumpulan Darah Anda Dan Kaitannya Dengan Penyakit Tertentu

Anda tentu sudah sedia maklum dengan kumpulan darah masing-masing kan? Ada yang berdarah A, B, AB, atau O atau lain-lain kumpulan darah yang termasuk dalam kategori darah jarang-jarang ditemui.

Tapi kami yakin, ada tentu masih belum tahu bahawa ada kajian yang dibuat sebelum ini mendapati bahawa kumpulan darah tertentu boleh dikaitkan dengan penyakit tertentu yang dihadapi oleh seseorang.

Kajian yang dijalankan masih belum lengkap sepenuhnya selain mustahil untuk anda mengubah kumpulan darah, namun begitu tidak salah sekiranya anda mengambil berat hasil penyelidikan ini dan mungkin dapat membantu anda dalam merancang kehidupan yang lebih sihat.

Masalah Jantung

”Kumpulan darah mempunyai kaitan dengan penyakit jantung, strok dan venous thrombolism,” kata Dr. Mary Cushman daripada Universiti of Vermont.

Secara puratanya, mereka yang mempunya kumpulan darah selain jenis O mempunyai risiko 60-80 peratus lebih tinggi berbanding individu kumpulan darah O untuk berhadapan dengan masalah gumpalan darah yang boleh memasuki paru-paru dan memberi kesan yang amat dahsyat kepada pesakit.

Selain itu, individu kumpulan darah A, B dan AB juga lebih berisiko untuk berhadapan dengan masalah jantung koronori berbanding kumpulan darah O selain mudah terdedah kepada masalah keradangan.

Bagaimanapun, menurut pakar kesihatan, anda tidak perlu merasa risau sekiranya anda bukan dari mereka yang mempunyai darah O kerana keadaan kesihatan tubuh badan sebenarnya lebih banyak bergantung kepada gaya hidup dan tabiat pemakanan.

Masalah Ingatan

Satu kajian yang dilakukan ke atas 30 ribu orang oleh Universiti of Vermont juga mendapati bahawa inidividu berdarah AB mempunyai risiko 82 peratus lebih tinggi untuk berhadapan dengan masalah memori berbanding individu dengan kumpulan darah yang lain.

”Kumpulan darah seringkali dikaitkan dengan masalah strok yang mana mempunyai kaitan juga dengan asas vaskular. Kajian kami mendapati bahawa masalah pada asas vaskular mungkin memberi kesan kepada memori seseorang,” kata Dr. Mary lagi.

Doktor menasihatkan orang ramai supaya sentiasa mengawal kesihatan termasuklah mengawal tekanan darah, tidak merokok, menjaga kesihatan fizikal dan mengamalkan diet yang sihat.

Selain itu, anda juga dinasihatkan untuk sensitasa memastikan otak anda aktif melalui pengamalan tabiat membaca, bermain permainan minda dan bersosial.

Masalah usus

Kajian-kajian yang dilakukan sebelum ini mendapati individu dengan kumpulan darah A lebih berisiko untuk diserang penyakit kanser gastrik. Manakala mereka yang mempunyai darah jenis O pula berisiko untuk mempunyai masalah ulser peptic. Kedua-dua penyakit berkenaan berpunca daripada bakteria yang sama yang dikenali sebagai h pylori.

Namun begitu, manusia digalakkan untuk mengelakkan tiga punca utama kepada kanser iaitu merokok, berat badan berlebihan dan pengambilan minuman beralkohol.

Sumber : The Huffington Post

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.