Siakap Keli
Gambar Hiasan

Marfan Boleh Menjejaskan Jantung, Mata, Saluran Darah Dan Rangka Anda

Setiap hari ada sahaja berita mengenai penyakit baru yang muncul, sehinggakan kadang-kadang kita sendiri pelik mendengar nama penyakit tersebut. Adakah penyakit ini muncul disebabkan gaya pemakanan kita atau persekitaran. Terdapat banyak faktor dan sebab yang memungkinkan seseorang itu mudah dijangki penyakit. Pernahkan anda dengar mengenai penyakit Marfan.

Marfan adalah ganguan genetik yang menjejaskan tisu penghubung serat menjadi tidak normal sehingga menyebabkan organ serta struktur lain dalam tubuh menjadi panjang. Tisu penghubung bertindak sebagai pemegang semua sel tubuh, organ, tisu-tisu yang lain secara bersama serta memastikan tubuh anda kekal sihat. Sindrom ini biasanya akan menjejaskan jantung, mata, saluran darah dan rangka.

Tanda-tanda penyakit ini berbeza-beza bagi setiap orang, mungkin ada yang mengalami kesan yang kecil sahaja dan ada yang mengalami komplikasi yang teruk sehingga boleh meragut nyawa. Antara ciri-ciri yanb boleh anda lihat pada pesakit mantra, ialah lengan, kaki, jari yang tidak seimbang, tulang dada yang menonjol ke luar atau termasuk ke dalam, tulang belakang melengkung secara luar biasa dan kaki menjadi leper.

Sumber: www.nhlbi.nih.gov

Penyakit ini mungkin diwarisi daripada gen ibu atau bapa yang mempunyai masalah serta kira-kira 25% adalah disebabkan mutasi yang berkembang secara spontan. Sebahagiannya menunjukkan tanda-tanda awal penyakit ini pada peringkat bayi lagi dan ada juga setelah meningkat dewasa. Tidak kira kaum perempuan mahupun lelaki tidak terkecuali daripada risiko terkena penyakit Marfan.

Sumber: www.pinterest.com

Komplikasi yang paling teruk ialah apabila melibatkan jantung dan salur darah. Tisu penghubung yang tidak normal akan melemahkan fungsi aorta saluran arteri besar yang membawa darah dari jantung ke seluruh badan. Pembesaran Aorta akan meningkatkan risiko pecah serta menimbulkan masalah jantung yang serius sehingga boleh menyebabkan kematian secara mengejut.

Sumber: www.livemint.com

Selain itu, komplikasi gangguan pada retina mata merupakan tahap yang paling serius sehingga boleh menyebabkan dinding belakang mata anda rosak. Sindrom Marfan juga meningkatkan risiko melengkung yang tidak normal pada tulang belakang anda. Ia menyebabkan tulang dada anda menonjol atau termasuk ke dalam dada. Sekiranya pesakit ini mengandung ia mengundang kepada risiko keguguran.

Terdapat beberapa rawatan yang boleh dilakukan bagi membantu pesakit ini seperti pembedahan. Penyakit ini juga boleh dicegah sekiranya dapat dikesan pada peringkat awal.

Sumber: mayoclinic.orgmarfanwebmdhealthline

 

marlya syafikah