Siakap Keli

Nak Bantu Isteri Jaga Anak? Ini 13 Barang Asas Bayi Yang Bapa Perlu Tahu

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Membuat persiapan untuk menyambut kelahiran bayi sememangnya memerlukan ketelitian supaya kesemua barangan lengkap disediakan. Dalam bab membeli barangan bayi ini pastinya ada segelintir para lelaki akan menyerahkan tugas tersebut kepada para isteri sebab mereka buntu dan bingung tak tahu barang keperluan apa yang perlu dibeli.

Tetapi, seharusnya sebagai para suami yang bakal menjadi bapa, anda perlu tahu tentang keperluan asas bayi bagi sama-sama membantu isteri menjalankan tanggungjawab membesarkan anak-anak.

Sebagai panduan yang serba sedikit dapat membantu golongan suami diluar sana, kami kongsikan penulisan dari saudara Mohd Fhais tentang 13 barang asas keperluan bayi.

Selamat membaca dan semoga bermanfaat.

Bapa-bapa Kena Tahu 13 Barang Asas Untuk Baby 

Dulu saya pun macam korang juga, blur anak pertama tak tahu nak sediakan apa. Nasib baik isteri ada. Saya hulurkan duit je lah. Dia beli semuanya.

Tapi masa kelahiran anak kedua saya teman dia cari satu satu barang baby, masa ni lah baru kenal satu satu barang baby, dan betapa susahnya nak mencari setiap satu, bukan boleh jumpa satu kedai je.

Khas untuk bapa-bapa & bakal bapa di sini saya kongsikan 10 barang asas yang wajib ada dan 3 barang tambahan yang boleh memudahkan kerja penjagaan bayi nanti.

Sumber: Google

1. Pampers
Wajib kena ada pampers banyak masa masuk labour room sebab lepas bersalin jururawat akan pakaikan pampers, bayi baru lahir memang akan berak banyak. Lain lah kalau bersalin hospital swasta pihak hospital ada sediakan pampers.

2. Minyak Telon
Ada banyak pilihan minyak telon tapi yang glamour dan mudah di dapati ialah minyak yuyi cap limau. Letak sikit minyak telon di perut, belakang dan kaki untuk bagi badan bayi selesa. Juga boleh elakkan perut masuk angin. Bayi meragam tu kekadang sebab perut tak selesa.

3. Pakaian
Sediakan 2 pasang baju semasa di labour room, 1 lengan panjang dan 1 lengan pendek. Kalau anak kena tahan wad kena sediakan lebih pakaian. Di rumah kena sediakan sekurang-kurangnya 7-14 pasang baju bayi untuk kegunaan seminggu.

Nota : Guna sabun yang ada anti kuman dan bakteria serta mesra bayi untuk basuh baju bayi kerana kulit bayi sangat sensetif.

4. Sarung Tangan & Kaki
Selain bayi nampak comel sarung tangan dan kaki fungsi mengelakkan bayi dari kesejukan dan elak angin masuk melalui kaki. Kuku bayi baru lahir kekadang panjang, jadi sarung tangan boleh lindungi muka dia dari kena cakar.

Sumber: Google

5. Topi bayi
Ubun ubun kepala bayi sangat lembut dan mudah masuk angin. Topi boleh lindungi kepala dari masuk angin dan supaya bayi tak kesejukan. Topi jangan terlalu ketat, longgar pun tak mengapa asalkan bayi selesa.

6. Tisu Basah
Tisu basah penting sebab guna cuci kencing dan berak bayi. Bayi berak dan kencing tak banyak dan tak berbau, guna tisu basah dah mamadai. Kalau nak guna air susah sedikit sebab kena angkat dan menganggu bayi nak tidur. Bayi kan kena tidur 14-17 jam sehari.

7. Bedung
Bedung guna untuk balut dari kaki sampai bahu bayi. Tujuannya supaya anak tak mudah terperanjat, boleh kena lemah semangat kalau asyik terperanjat. Petua orang lama bedung bayi supaya kaki dan tangan dia tak bengkok.

8. Barut
Barut guna di perut bayi supaya perut tak kembung dan masuk angin. Sebelum di barut sapu dulu minyak telon di tengah2 perut. Sediakan sekurangnya 2-3 helai barut untuk ganti bila kotor, sebab mudah terkena najis.

9. Tuala
Tuala bayi untuk lap selepas mandi mesti kain yang lembut dan nipis. Tuala yang kasar dan terlalu tebal boleh lukakan kulit bayi yang halus dan nipis. Bergeser sikit boleh melecet. Lepas mandi terus lap, jangan tunggu lama lama sebab daya tahan sejuk bayi sangat lemah.

10. Besen mandian
Jika sinki besar dan sesuai untuk mandikan anak boleh guna sinki, tapi nak lebih mudah guna besen mandian kerana boleh guna pelapik mandi yang bayi boleh baring kita tak perlu pegang. Bahaya kalau pegang takut terlepas.

Sumber: Google

11. Tilam ( tambahan )
Tilam tidur yang lembut khas untuk bayi supaya dia selesa tidur atau untuk jimat boleh sahaja guna tilam sedia ada.

12. Tikar getah ( tambahan )
Tikar getah guna untuk alas anak lepas mandi dan ketika tukar pampers. Supaya tilam tak basah dan terkena najis bayi. Atau boleh guna apa-apa alas yang kalis air.

Sumber: Google

13. Termometer ( tambahan )
Termometer alat tambahan untuk kita guna periksa suhu anak sama ada demam atau panas biasa. Suhu lebih 37 darjah celcius di kira demam, cepat bawa ke klinik untuk pemeriksaan lanjut.

Dah tahu apa barang yang wajib mudahlah nanti tak kelam kabut nak mencari. Dia jadi susah bila kita tak tahu nak beli apa, mulalah stress barang baby tak cukup. Masa ni pantang nampak iklan jual barang baby semua nak beli. Suami garu kepala tengok abang posmen setiap hari datang hantar barang shoppng.

P/s : Dapatkan banyak lagi tips rumahtangga dan parenting di telegram saya. Join di sini -> t.me/CoretanFhais

Sumber: Mohd Fhais

Aisha Ratnila

"Don't be distracted by criticism. Remember the only taste of success some people get is to take a bite out of you."

- Zig Ziglar