Siakap Keli
BOS

Pony, Kisah Orangutan Dipaksa Jadi Pelacur Dan Dibayar RM 10 Untuk Setiap Pelanggannya

Kisah seekor orangutan betina yang diselematkan oleh sebuah kumpulan hak asasi haiwan daripada aktiviti pelacuran di Indonesia akhirnya didedahkan kepada umum, menurut laporan Dailymail.

Pony, seekor orangutan daripada spesis terancam daripada Kepulauan Borneo diselamatkan pada tahun 2003 daripada sebuah rumah pelacuran yang terletak di Kareng Pangi, Kalimantan Tengah.

Haiwan malang ini dipaksa menjadi pelayan nafsu serakah kumpulan lelaki pekerja di ladang sawit berdekatan dengan bayaran sekitar RM 10 ketika itu.

Dipisahkan daripada ibunya sejak kecil lagi, Pony dilayan dengan kejam selain seluruh bulunya dicukur hampir setiap hari. Pony juga dikenakan perhiasan seperti disolek dan dipakaikan minyak wangi bagi menarik perhatian pengunjung-pengunjung di rumah pelacuran tersebut.

Malah, Pony turut dipaksa untuk mempelajari pelbagai aksi dan posisi seks hanya semata-mata untuk memberikan kepuasan kepada sesiapa sahaja yang dilayaninya.

BOS

”Apabila kami mendapat tahu bahawa Pony dipaksa menjadi pelacur, bukannya dibela, ia sangat mengejutkan. Saya sendiri, sebagai manusia tidak pernah terfikir bahawa ada orang lain yang sanggup untuk meniduri seekor binatang,” kata Lone Droscher-Nielson, wakil NGO berkenaan ketika ditemubual oleh The Sun.

Seorang lagi wakil daripada Yayasan Orangutan Borneo, Michelle Desilet pernah mendedahkan kisah yang sama kepada media pada tahun 2007.

”Mereka, pekerja ladang, berkunjung ke rumah pelacuran kerana mahu ‘bersama-sama’ dengan Pony. Mereka mempunyai pilihan untuk melanggan wanita, tetapi menganggap mengadakan seks dengan Pony adalah satu kemuliaan.

”Pony dijadikan hamba seks. Orangutan ini mungkin berusia diantara enam hingga tujuh tahun ketika kami tiba menyelamatkannya,” kata Michelle yang turut mendedahkan bahawa mereka turut diugut dengan senjata oleh ‘ibu ayam’ kepada Pony dalam usaha untuk menyelamatkannya.

Akhirnya, mereka terpaksa mendapatkan bantuan lebih daripada 35 orang anggota polis lengkap bersenjata hanya semata-mata mahu menyelamatkan Pony daripada kekejaman manusia. Pony kemudian dipindahkan ke bawah jagaan Yayasan Orangutan Borneo demi masa depan yang lebih baik.

BOS

”Pony perlahan-lahan menyesuaikan diri. Dia diperkenalkan kepada orangutan jantan dan dilihat mampu bergaul dengan baik. Tidak kekok. Pony kemudian dipindahkan ke salah satu pulau yang terletak di Borneo.

”Di sana, Pony tinggal bersama-sama dengan 7 orangutan yang lain,” kaya Michelle lagi.

Kini, selepas hampir 15 tahun diselamatkan, Pony berada dalam keadaan baik dan tinggal di bawah seliaan Pusat Pemulihan Nyaru Menteng bersama-sama tujuh ekor orangutan itu.

”Tinggal terlalu lama dengan manusia dan diberi layanan yang tidak berperikemanusiaan, bukanlah mudah untuk Pony kembali menjalani kehidupan dalam persekitaran liar kembali.

”Pony telah pun melalui satu proses pemulihan yang lama untuk membuatkannya ‘lupa’ kehidupan dengan manusia dan mendapatkan kembali naluri haiwan liar yang diperlukan untuk menjadi orangutan sejati,” kata Monterado Fridman, Koordinator Pendidikan dan Komunikasi di pusat pemulihan berkenaan.

BOS

Bagaimanpun kata Fridman lagi, Pony mungkin tidak akan dipindahkan ke dalam persekitaran liar memandangkan Pony tinggal terlalu lama dalam tahanan manusia (sejak bayi) untuk belajar asas-asas pembeuruan yang diperlukan untuk meneruskan kehidupan dalam persekitan semula jadi.

Malangnya, disebabkan tiada undang-undang khusus membabitkan hidupan liar di Indonesia, pemilik rumah pelacuran di mana Pony pernah diambil ‘berkhidmat’ masih bebas dan tidak pernah didakwa.

Sumber : Dailymail

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.

Tambah komen

Kami Juga Bersosial

Sekiranya anda ingin mendapat berita dari Siakap Keli pada 'News Feed' media sosial, anda boleh ikuti kami di