Siakap Keli

Tips Mengelakkan Koyakkan Teruk Masa Bersalin- Doktor

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Membuat persiapan untuk melahirkan bukanlah saja semata-mata membeliĀ  barang kelengkapan ibu dan bayi tetapi juga persiapan mental dan fizikal terutamanya bagi wanita yang bakal bersalin buat pertama kalinya.

Jika cakap pasal bersalin, yang paling ngeri dan dirisaukan adalah koyakkan yang bakal berlaku pada vagina ketika bersalin. Tapi, hampir 99 peratus wanita yang bersalin normal pasti melalui situasi ini.

Terdapat beberapa faktor yang boleh menyebabkan berlakunya koyakkan besar pada vagina ketika melahirkan antaranya saiz kepala bayi yang agak besar, posisi kedudukan bayi, proses kelahiran terlalu lama, kedudukan dubur hampir dengan faraj, kelahiran normal yang pertama, mengalami koyakan tahap ketiga dan keempat sebelum ini dan menggunakan alat bantuan kelahiran seperti forsep.

Bagaimanapun, terdapat beberapa tips mengelakkan koyakkan teruk semasa bersalin yang dikongsikan oleh Dr Muhammad Izzat di laman Facebooknya yang boleh dijadikan panduan untuk ibu-ibu yang bakal bersalin tak lama lagi.

Sumber: Google

TIPS MENGELAKKAN KOYAKKAN TERUK MASA BERSALIN

1. Jangan ler panik tak tentu pasal. Banyakkan membaca fakta dan ilmu yang betul mengenai kelahiran supaya bakal ibu lebih tenang dan tidak panik ketika proses kelahiran. Bertanya pada yg berilmu, BUKAN PADA PENJUAL PRODUK

2. Amalkan senaman Kegel : Kemutkan otot pelvis / vagina seperti anda sedang menahan kencing, tahan selama 10 saat, lepaskan perlahan-lahan dan ulang 25 kali setiap satu sesi, lakukan 3 kali sehari sepanjang tempoh mengandung

3. Urutan perineum pada hujung-hujung kehamilan berfaedah untuk menjadikan otot pada bahagian vagina lebih anjal dan mengurangkan risiko koyakan vagina yang teruk. Otot pada perineum yg anjal alan lebih senang mengembang dan menguncup tanpa meninggalkan koyakan yang teruk.

Sumber: Google

4. Meneran dengan cara yg betul! Fokus ke arah perut dan anda meneran dari abdomen dan ke bawah, seperti meneran berak sembelit

5. Jangan meneran awal jika belom tiba masanya. Meneran terlalu awal ketika kepala bayi masih lagi belum nampak pada vagina menyebabkan vagina membengkak dan mudah koyak.

6. Pastikan posisi yg betol ketika meneran. Rapatkan dagu ke dada, anda berkeadaan sama seperti udang membengkok, pegang pergelangan kaki, dan jangan sesekali mengangkat punggung ataupun punggung terhuyung hayang ke kanan ke kiri. Mcm nk tangkap bola pulak gayanya misi nak sambut kelahiran bila punggung digerakkan ke sana ke mari.

7. Dengar arahan doktor dan misi. Bila nak periksa tu bagi kerjasama, bukannya terkepit-kepit sampai jari misi atau doktor takleh kluar. Banyakkan berzikir dan berselawat, bukannya meraung sepenuh jiwa dan raga mcm tertelan microfon

Yee, memang saya tk pernah bersalin dan tak rasa sakit bersalin. Pelbagai karenah manusia saya dah jumpa sepanjang masa saya bekerja mengendalikan kes-kes bersalin tak mengira kes berisiko rendah atau tinggi, benda sebegini perlu dimaklumkan supaya pesakit membuat persediaan fizikal dan mental.

Amacam dah bersedia?

Sumber: Dr. Muhammad Izzat Abdul Razak
Pegawai Perubatan
Kesihatan wanita & kehamilan

Aisha Ratnila

"Don't be distracted by criticism. Remember the only taste of success some people get is to take a bite out of you."

- Zig Ziglar