Siakap Keli

“Tuhan Temukan Aku Dengan Mereka Yang Buat Aku Semakin Sihat,” Guru Bersyukur Pelajar ‘Selamatkannya’ Daripada Depresi

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Umum tahu, kemurungan antara masalah paling berbahaya sehingga mampu menjejaskan kehidupan harian individu termasuk pemikiran dan tingkah laku.

Selain itu, kesan daripada penyakit ini boleh mendorong invididu tersebut kepada tindakan yang lebih teruk, iaitu membunuh diri.

Perkongsian daripada pemilik akaun Facebook Dear Depression Diary menceritakan pengalamannya sendiri mengalami kemurungan sehingga cenderung bunuh diri beberapa kali tapi diselamatkan oleh orang-orang yang hebat di sekelilingnya.

via GIPHY

Semoga perkongsian ini bermanfaat.

My Students Saved Me From Depression

I never wanted to be a teacher. Bukan sebab aku tidak menyukai sekolah dan guru-guru yang mengajar aku berhempas pulas tetapi aku merasakan orang yang kedekut ilmu macam aku will not make a cut to be a teacher kerana profession ini merupakan honourable job yang memerlukan seseorang itu menjadi lilin yang rela untuk membakar dirinya. I ain’t candle.

Tapi perancangan Tuhan itu cukup misteri. Sebelum aku melanjutkan pengajian di peringkat diploma, aku terjebak dengan dengan keindahan accent Orang Putih dan enrolled Diploma in TESL tanpa mengetahui the intial of ‘T’ is for Teaching. Hampir sahaja aku quit study aku kerana aku tidak dapat cope dengan pelajaran yang memerlukan aku untuk menulis (assignment) dan bercakap (presentation) dalam Bahasa Inggeris. Aku bertambah pening apabila diberitahu bahawa semester terakhir program Diploma ini merupakan satu tempoh untuk aku menjadi guru dan mengaplikasikan everything that my lecturers taught me in real school. But aku jatuh cinta when they introduced ‘Teaching Grammar’ sewaktu aku berada di semester 3, di mana final project untuk subject ini required me to teach in front of classroom. Masih segar dalam ingatan about my project where I taught my friends about adjectives and found something rewarding about teaching.

Dipendekkan cerita, aku dihantar ke sekolah cemerlang yang aku sendiri pilih because I want to challenge myself and gain experience. I enjoyed my job but a month before aku menamatkan Latihan Industri, abah meninggalkan kami sekeluarga and he died because of cancer. Lebih menyakitkan lagi apabila doktor memberitahu yang abah tidak menjalani chemotheraphy setelah operation keduanya 9 tahun yang lalu. This is the beginning of everything, aku berubah dan kondisi mental aku semakin merundum. Dahulunya, depression aku hanya berbentuk seasonal but it grew to become more serious dtetapi aku tidak merasakan ini sebagai satu masalah mental kerana tidak didedahkan tentang masalah kesihatan mental. Hampir sahaja aku quit pengajian kerana sewaktu abah meninggal, keadaan financial keluarga kami juga tidak begitu stabil. Ibu menyuruh aku meneruskan pengajian kerana latihan praktikal cuma berbaki sebulan sahaja lagi. Setiap hari aku menangis ketika mandi dan sebelum tidur but aku gagahkan diri untuk menunaikan impan abah yang ingin melihat anaknya berjaya.

Ketika aku melangkah masuk ke pintu gate sekolah setelah tamat cuti raya), aku dipeluk erat oleh anak murdiku yang hanya mengeluarkan perkataan ” I hope you’re okay” and I realised that I was not alone. That one sentence telah mengubah hari-hari aku dan kelas di mana aku diberikan ruang untuk menjadi guru Bahasa Inggeris dipenuhi oleh mereka yang memberikan support kepada aku and made me happy until the day I finished my practicum.

Then,

I worked as KGSK after finished my study. Seperti yang aku cakap, my depression merupakan seasonal but aku dapat lihat disorder yang pakar diagnose untuk aku menunjukkan belangnya. Untuk pengetahuan korang, I am suffering OCPD (Obsessive Compulsive Personality Disorder). Mereka yang mengalami gangguan OCPD ini merupakan meraka yang perfectionist and devoted to his/her work. Walaupun aku sekadar guru ganti, I worked hard just to get my students able to understand segala benda yang aku ajar. Aku buat kelas tambahan dan selalu pulang lewat. I put high hopes on my students and apabila students aku tidak mencapai target yang aku mahu, aku akan kecewa dan menangis kerana mereka tidak mencapai ‘goals’ yang telah aku set. Still, tempoh lapan bulan aku berada di sekolah mengajar sebagai guru ganti, aku masih lagi dapat mengawal emosi aku dan sesi pengajaran dan pembelajaran didalam kelas mengembirakan hati aku because I enjoy teaching so much dan aku bercita-cita untuk menjadi guru.

Kusangka panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengah hari.

Keadaan emosi aku bertambah teruk setelah aku melanjutkan pelajaran ke peringkatan Degree. Beberapa kali cubaan untuk bunuh diri aku gagal dan aku mendapatkan bantuan pakar psikatriyang mengesahkan bahawa aku mempunyai gangguan OCPD dan MDD (Major Depressive Disorder) with psychosis. Aku mengambil keputusan untuk pulang ke kampung halaman dan menjalankan latihan industri di kawasan yang berdekatan dengan rumah keluargku. Setelah lulus untuk pulang ke tanah dimana aku membesar, aku berhenti berjumpa pakar psikatri dan mengambil ubatan kerana aku menyangka apabila aku berada dekat bersama keluarga, aku akan lebih sihat tetapi jauh di lubuk hati, aku masih lagi lonely,sad and depressed.

Aku memilih sekolah yang menempatkan bekas pelajar-pelajar that I taught when they were in primary school. Ini membuatkan proses pengajaran aku lebih mudah kerana aku sudah mengenali mereka but I can stop the demon in my body to calm dan aku seperti belon yang dicucuk jarum kerana adakalanya aku depressed because of my job. Kondisi mental aku kadang-kadang tidak stabil namun aku masih lagi cuba untuk menjadi guru yang terbaik buat mereka. Sometimes, I got emotional kerana OCPD ni pantang apabila ada orang yang tidak mengikut rules yang mereka telah tetapkan and some students melanggar the rules that I established which made me angry. Aku tidak bertindak agresif didalam kelas, cuma aku lebih banyak membebel. Pada suatu ketika, keadaan aku bertambah teruk dan aku pergi mendapatkan rawatan semula. Aku agak sedikit kecewa kerana pakar yang merawat aku sewaktu itu hanya mengetengahkan agama sebagai satu jalan penyelesaian untuk depression dan aku berhenti berjumpa pakar setelah dua kali sesi temu janji.

Aku meneruskan persekolahan seperti biasa dan mengajar dengan penuh semangat dengan bermacam-macam cara to make my kids enjoy learning English. We rap, act, sing and play games sehingga kami berpisah. Pengalaman aku di sekolah with my kids memang aku simpan di tempat khas in my heart. Walaupun aku depressed sewaktu latihan industri, kewujudan mereka telah mengisi ruang-ruang kosong yang membuatkan aku tidak kesepian. They saved me from suicide kerana aku mahu hidup dan memberikan ilmu yang aku ada and make my classroom home for them.

Kondisi aku berubah setelah aku menamatkan latihan industri, aku menjauh dan menghilangkan diri kerana aku tahu selepas persekolahan, they will forget me. Expections merupakan makanan ruji aku sebagai penghidap OCPD dan aku mengambil keputusan untuk menukar nombor telefon kepunyaanku agar tidak seorangpun tahu keberadaan aku becuase I know that aku akan sedih when they didn’t send me message or check on me.

Unfortunately, ruang circle aku yang kecil juga membuatkan aku depressed dan aku cuba untuk membunuh diri pada bulan March tahun ini tetapi aku dibawa ke Emergency Ward oleh mereka yang peduli tentang aku. Aku merana dan mendapatkan semula bantuan pakar psikatri atas saranan doktor dan juga ibu yang risau tentang keadaan aku yang semakin merundum. Aku lebih banyak berehat pada tahun ini sehingga majlis graduasi aku pada bulan Ogos. Aku begitu gembira dengan pencapaian aku but still ada ruang kosong yang membuatkan aku masih lagi depressed sehingga pada bulan Sepetember aku mendapat panggilan untuk kembali semula ke sekolah bagi menggantikan seorang guru yang cuti bersalin.

Pada mulanya, aku memang tidak mahu kembali ke sekolah kerana takut jikalau aku akan sakit semula but aku mengambil keputusan untuk bekerja kerana aku mempunyai goal which is ‘I want to give them (my students) a hope and tommorow because everybody has future’. Ternyata Tuhan telah menemukan aku dengan anak-anak murid yang membuatkan keadaan aku bertambah sihat. Once again, my students saved me from depression. Aku diberikan peluang untuk mengajar subjek Bahasa Melayu dan Sejarah yang bukan forte aku but it is opportunity for me to gain new experience yang membuatkan berusaha keras untuk membantu mereka secara academic. Seperti biasa, aku membawa rap, puisi dan lakonan agar mereka enjoy belajar bersama aku and they did.

Aku lebih bertuah kerana diberikan sebuah kelas di mana aku merupakah ‘ayah angkat’ mereka (guru kelas). Kali ini, peranan aku lebih besar dan aku lebih banyak menghabiskan masa bersama my kids. Aku juga lebih matang dalam menyelesaikan masalah walaupun kadang-kadang ada juga aku merajuk sedikit but it is no longer take a week for me to calm down. Paling lama pun satu hari sahaja.

The sad thing is I am just a temporary teacher, hanya sementara but I am proud of myself because I was able to give my all and helped my students academically and emotionally. Aku juga banyak belajar daripada anak-anak muridku yang sentiasa memberikan support for me to grow as a person.

Walaupun perpisahan itu menyakitkan, the payback of teaching goes beyond the paycheck. It comes from doing work that I enjoy.My kids are the one who saved me from depression, and I teach because I can watch kids grow and laugh and learn and love.

P/ S: Explore your passion and turn it into a power.

#KitaFighters

Sumber: Dear Depression Diary

Nur Farra