Siakap Keli

(Video) Mayat Pengembara Dibunuh Puak ‘Pulau Terlarang’ Mungkin Dibiarkan, Bimbang Dipanah Dan Mengancam Nyawa

Lelaki dari Amerika Syarikat, John Allen Chau terbunuh dalam satu siri tembakan busur dan anak panah ketika memasuki Pulau Sentinel Utara yang dikatakan pulau terlarang oleh nelayan tempatan.

Menurut pegawai tempatan, Chau menggelar dirinya sebagai pengembara.

Memetik sumber, Chau dibunuh oleh suku Sentinel selepas ‘membayar’ seorang nelayan untuk membawanya kepulau itu secara haram.

Polis berkata, Chau pernah melawat pulau itu sebelum ini kira-kira 4 atau 5 kali dengan bantuan nelayan tempatan.

Berita terbaru memberitahu bahawa polis telah menahan 7 nelayan yang dikatakan telah bersubahat membawa Chau ke pulau tersebut.

Bilik berita AFP melaporkan bahawa Chau telah mencuba masuk ke pulau tersebut pada 14 November, namun gagal dan mencuba masuk sekali lagi 2 hari kemudian.

“Ini adalah kes paling susah, bimbang jika di panah oleh mereka,” kata polis bertugas.

Polis India kini telah memulakan misi bahaya untuk cuba mengeluarkan mayat yang ditanam daripada pulau tersebut.

Polis berkata mereka sedang melakukan yang terbaik untuk terus menghormati puak Sentinel itu yang dipercayai berhijrah ke kawasan itu sekitar 50,000 tahun lalu.  Menurutnya, penduduk tersebut tidak mempunyai kekebalan terhadap penyakit, bermakna penduduknya dengan mudah boleh dihapuskan.

“Mereka adalah harta,” kata Dependera Pathak, ketua polis Pulau Andaman dan Nicobar.

“Kami tidak mahu mencederakan mereka.”

“Kami mengawasi mereka dari jauh dan mereka memerhatikan kami dari jauh.”

“Mayatnya mungkin akan dibiarkan di sana.”

Sumber: CNN

Nur Farra