Siakap Keli

(Video) Pernah Tular Tinggal Di KLIA, Pelarian Syria Ini Kini Dapat Perlindungan Menetap Di Kanada

Lebih 8 bulan terkandas di zon transit lapangan terbang Kuala Lumpur, lelaki Syria yang pernah viral sebelum ini akhirnya diberi perlindungan menetap di Kanada.

Sebelum ini SK pernah mendedahkan kehidupan lelaki sama yang ‘terperangkap’ selama hampir 7 bulan di KLIA2 kerana tidak ada permit perjalanan yang sah.  Hassan al Kontar, 36 mengambil keputusan untuk ‘mendiami’ lapangan terbang Malaysia sementara menunggu pihak Imigresen Kanada membawanya keluar dengan permit sah.

Hassan al Kontar, 36, mendakwa dirinya tinggal di lapangan terbang tersebut sejak 7 Mac lalu kerana bimbang ditangkap dan dihantar pulang ke Syria yang sedang dalam keadaan darurat dan perang.

“Esok, saya akan sampai ke destinasi terakhir saya, Vancouver, Kanada,” kata Contar dalam video yang dimuat naik di Twitter pada hari Isnin lalu.

“Saya tidak dapat melakukannya tanpa bantuan keluarga saya, kawan, keluarga dan peguam saya di Kanada. Terima kasih semua. Saya sayang kamu semua,” katanya.

“Saya sangat berterima kasih kepada pegawai-pegawai Kanada, ketika Hassan benar-benar berada dalam bahaya, bekerja sangat sukar untuk mempercepatkan proses,” kata Laurie Cooper, perunding hubungan media.

Hassan telah ditaja oleh 2 pertubuhan, Persatuan Islam British Columbia dan Canada Caring Society yang membawanya ke Kanada sebagai pelarian.

Sumber: The Guardian

Artikel berkaitan:

(Video) Lelaki Syria Masih ‘Terperangkap’ Di KLIA2, Diajak Kahwin Pun Tak Nak, Tunggu Imigresen Kanada Bawa Keluar Dalam Masa 26 Bulan Lagi

Lelaki Syria ‘Mendiami’ KLIA2 Selama 7 Bulan Akhirnya Ditangkap

Nur Farra