Siakap Keli

Menjatuhkan Hukum Haram Beli ‘Followers’? Ustaz Tepis Kenyataan Aiman Banna

Pendakwah bebas, Aimaan Banna sebelum ini memuat naik video melalui laman Instagram miliknya menjelaskan hukum beli followers yang menjadi trend dalam kalangan kita terutama bagi peniaga menjalankan perniagaan atas talian.

Aimaan Banna dalam statusnya meletakkan hukum HARAM kepada mereka yang membeli followers kerana menurutnya urusan yang dibuat melibatkan unsur penipuan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Aiman Banna, 교사 민호 (@aimaanbanna) on

 

View this post on Instagram

 

Hukum beli followers? (SILA TENGOK SAMPAI HABIS & VIDEO TERBARU DIATAS) . . عَنْ ‏ ‏أَبِي هُرَيْرَةَ ‏أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ ‏‏صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ‏ ‏مَرَّ عَلَى ‏ ‏صُبْرَةِ ‏ ‏طَعَامٍ فَأَدْخَلَ يَدَهُ فِيهَا ‏فَنَالَتْ ‏ ‏أَصَابِعُهُ بَلَلًا فَقَالَ مَا هَذَا يَا صَاحِبَ الطَّعَامِ ؟ قَالَ أَصَابَتْهُ السَّمَاءُ يَا رَسُولَ اللَّهِ . قَال َأَفَلَا جَعَلْتَهُ فَوْقَ الطَّعَامِ كَيْ يَرَاهُ النَّاسُ ‏ ‏مَنْ غَشَّ فَلَيْسَ مِنِّي. أي : من غش فليس على دينيى الكامل. رواه مسلم Jumhur ulama’ telah syarah, bahawa hadis ini menerangkan larangan menipu secara umum, dalam munakahat, muamalat, jinayah dll, manakala membeli followers termasuk dalam menipu maka membeli f . . Untuk hadis riwayat muslim tersebut, kita fahami hadis ini daripada perspektif jujur dalam niaga. Jujur means jangan ada penipuan dalam perniagaan. Maksudnya yang di-emphasize ialah pada haram dalam menipu. Sehinggakan nabi mengatakan ” ‏ ‏مَنْ غَشَّ فَلَيْسَ مِنِّي” . . Saya memahami dan meyakini bahawa membeli followers ialah termasuk dalam menipu bakal pembeli atau visitor of the page. . . Oleh itu, hadis ini mengharamkan perbuatan menipu dalam muamalat, dan membeli followers termasuk dalam perbuatan menipu dalam muamalat, maka haramlah perbuatan membeli followers. . . Dalam hadis tersebut, kita faham, nabi AJAR JUJUR. Jangan menipu. Jangan sorok produk yang buruk, dan letak produk baik di atas. Dari segi marketing, it is a good marketing. Kalau pamer buah buruk, it is a bad marketing. So at the end of the day, it is about marketing. Kalau nak jujur, letak buah yang baik dan buruk sebelah atau letak signboard explain the real situation. So untuk orang yang nak beli followers, niat dia juga adalah untuk marketing supaya orang trusted dan rasa nak beli sebab angka followers. Kalau nak jujur, letak kat bio instagram bahawa ‘saya telah beli followers’ kalau nak jujur lah. Tapi kalau buat gitu, siapa je yang nak trust. So in marketing, need to be syariah compliance walau sekecil kecilnya. Juga harus difikirkan, bayangkan kalau ada orang nak buat paid review, sebab yakin nampak angka followers banyak, tapi rupa rupanya followers tak ramai, itu antara penipuan yang boleh terjadi. Wallahua’lam

A post shared by Aiman Banna, 교사 민호 (@aimaanbanna) on

Walau bagaimanapun, isu ini dipanjangkan netizen yang rata-rata keliru dan sekaligus telah mendapat perhatian salah seorang pendakwah dan pakar motivasi, Ustaz Bakhtiar Fitri.

Ustaz Bakhtiar menjelaskan isu tersebut melalui Instagram miliknya dengan mengatakan bahawa hukum beli followers tidak menjadi haram asalkan tiada unsur monopoli dan rasuah.

 

 

View this post on Instagram

 

~Remaja tunjuk kt sy poster ni n tnya betul ke hukum yg diletakkan oleh UstMinho. Saya x knal ust ni tp saya cuba respon brdasarkan ilmu yg ada. ~Meletakkan hukum HARAM utk prkara baharu kna hati2. Dlm kaedah fiqh “Asal trhadap sesuatu hukum itu adlh harus” melainkan jika ad dalil yg mengatakan haram. Ini adlah isu baharu n prlu kpd qiasan yg tepat brdasarkan nas alquran, hadis n hukum trdahulu. ~Hukum beli followers m’gunakan khidmat org trtentu bknlah haram krn ia adlah sbhgn drpd strategi pemasaran asalkan jgn ada unsur monopoli n rasuah. Sama spt kita upah org utk merangka n melancarkan strategi pemasaran. ~Ia bukanlah HARAM jika tujuannya 1.Meramaikan followers 2.Memberi keyakinan kpd pembeli. 3.Utk cepat info smpai kpd org ramai yg menjadi followers kita. ~Ia menjadi HARAM jika 1.Monopoli beli smua followers 2.Merasuah followers jgn beli produk org lain. 3.Menipu pmbeli, mengatakan ramai org beli produk kita sedangkan tak ramai pun yg beli. ~prkataan seakan-akan” adlah 1 andaian yg blum tntu btul dilakukan. Andaian x blh dijadikan hujah utk mnjatuhkan hukum haram. Sama spt kita melihat seorg lelaki pgg cawan mengandungi arak. Dan kita katakan seakan-akan dia minum arak. Sdgkan dia x minum. ~Sekalipun ustminho mengatakan hukum beli followers HARAM krn menipu pmbeli agar terpengaruh utk membeli, hukum jual beli tetap SAH dgn berbalik kpd syarat sah jual beli dlm islam. ~1.Syarat sah Penjual n Pembeli akil baligh, ats kehendak sndiri. 2.Bnda yg Dijual/ Dibeli suci, brmanfaat, dpt diserah kpd pembeli, kepunyaan pnjual, 3.Brg trsebut diketahui oleh penjual n pembeli, baik zat, bentuk, kadar (ukuran) atau sifat-sifatnya. 4.ljab Kabul ~Berdasarkan ap yg saya jelaskan, hrp smua lbh faham n x mudah meletakkan satu2 hukum tnpa ad dalil yg jelas n kukuh. Saya izinkan utk disebarkan kpd org lain tnpa mengaibkan sesiapa pun terutama ustminho. Sy hormati pendapatnya, cuma prlu lg kpd huraiannya. ~1 lagi, sy cuma bg ilmu pd org n xde niat pun nk bli followers. Sy pun x de duit nk bayar org utk ramaikan followers. Klu org nk follow fb, ig n tw sy utk cari ilmu, silakan. Sy x penah terkesan followers ramai ke skit. Sbb dakwah nabi saw brmula seorg diri🤗

A post shared by bakhtiarfitri (@bakhtiar.fitri) on

Ustaz Bakhtiar dalam kenyataannya memberitahu bahawa kita dinasihati untuk berhati-hati dalam meletakkan hukum tanpa dalil yang jelas dan kukuh.

Beliau turut menyatakan bahawa isu ini bukanlah untuk mengaibkan siapa-siapa tetapi hanya untuk menjelaskan agar tidak disalah tafsir hukum yang telah dijatuhkan.

Sumber: Bakhtiar Fitri, Aimaanbanna

Nur Farra

writ.er / [rahy-ter]
-noun
1. a peculiar organism capable of transforming caffeine into books.

Tambah komen

Sumbang Artikel Anda

Anda suka menulis dan berkongsi? Tetapi tiada medium yang sesuai? Anda dialu-alukan untuk menulis di Siakap Keli sekiranya penulisan anda itu suatu perkara yang manfaat.

Kami Juga Bersosial

Sekiranya anda ingin mendapat berita dari Siakap Keli pada 'News Feed' media sosial, anda boleh ikuti kami di