Siakap Keli
Gambar : Bernama

PDRM Tubuh Pasukan Khas Buru Perusuh Kuil

Berikutan rusuhan yang berlaku di Kuil Sri Mariamman, USJ 25, Putra Heights, Subang Jaya, polis telah menubukan ‘task force’ atau pasukan petugas khas bagi memburu mereka yang terlibat sehingga menyebabkan seorang anggota bomba cedera parah.

Menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan, Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, pasukan dari Bukit Aman itu akan membantu polis Selangor dalam usaha mengesan individu yang terbabit dalam insiden berkenaan.

[youtube https://www.youtube.com/watch?v=Mnr_LFruJFg]

Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi Isnin, puluhan individu berkumpul dan merusuh di kawasan tapak kuil sebelum tercetus pergaduhan antara dua kumpulan.

Difahamkan kekecohan tercetus berhubung isu perpindahan tapak kuil ke lokasi baharu yang jaraknya kira-kira tiga kilometer dari lokasi asal.

Sebanyak lima lagi kenderaan dibakar ekoran kekecohan awal pagi Selasa menjadikan kesemuanya 23 kenderaan terlibat sejak semalam.

Seorang anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim, 24, turut cedera parah diserang perusuh dan mengalami kecederaan patah tulang rusuk serta beberapa kecederaan dalaman.

Setakat ini, pihak polis telah menahan 21 individu bagi membantu siasatan.

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.